Ukraine Isytihar Perintah Darurat, Rakyat Kini Boleh Bawa Senjata Api Di Tempat Awam

Kerajaan Ukraine telah mengisytiharkan perintah darurat di seluruh negara bermula khamis, 24 Februari selepas cadangan tersebut diluluskan oleh Parlimen semalam.

Langkah menguatkuasakan darurat selama 30 hari ini diambil ekoran kebimbangan yang memuncak mengenai pencerobohan oleh tentera Rusia terhadap negara itu.

Dengan itu, pihak berkuasa di Ukraine kini boleh menyekat sebarang pergerakan, perhimpunan selain mengharamkan mana-mana parti politik dan organisasi demi kepentingan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Bahkan mereka juga dibenarkan untuk mengerah pasukan tentera simpanan yang terdiri dari rakyat berusia 18 hingga 60 tahun yang akan menerima arahan dari Presiden, Volodymyr Zelenskyy.

Difahamkan perkara ini diluluskan pada hari yang sama di saat Moscow mula mengosongkan kedutaannya di ibu kota Ukraine, Kyiv selain Amerika Syarikat meningkatkan amaran tentang kemungkinan serangan berskala besar oleh Rusia.

Menerusi laporan SkyNews, seiring dengan pengisytiharan tersebut Ukraine turut mengarahkan rakyatnya untuk keluar dari Rusia dengan kadar segera.

Rakyat dibenar bawa senjata api di tempat awam

Guardian pula melaporkan, parlimen Ukraine juga telah meluluskan untuk membenarkan orang awam membawa senjata api di tempat umum sebagai salah satu langkah mempertahankan diri mereka.

Keputusan berkenaan membuatkan lebih ramai yang mula menyerbu kedai menjual senjata api bagi mendapatkan senjata dan peluru antaranya raifal automatik seperti AR-10 dan AR-15.

Tidak kurang juga yang turut menyertai kelas dan latihan menggunakan senjata api dengan betul sebagai persediaan sekiranya perkara buruk terjadi.

Sebelum ini rakyat Ukraine memang dibenarkan memiliki senjata api bukan automatik seperti pistol dan shotgun. Namun undang-undang melarang mereka dari membawa sebarang senjata berbahaya keluar dari kawasan rumah.

Selasa lalu (22 Februari) Parlimen Rusia bersetuju memberi kebenaran kepada Presiden mereka, Vladimir Putin untuk menggunakan angkatan tenteranya di luar negara, sekaligus menguatkan amaran AS mengenai perancangan Moscow untuk menceroboh Ukraine.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

22 mins ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

58 mins ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

1 hour ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

17 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

18 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

19 hours ago