JPS Minta Orang Ramai Lebih Peka Serta Berwaspada Hadapi Fasa Peralihan Monsun

Pada 12 Mac lalu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah menyatakan Malaysia dijangka akan mengalami fasa peralihan monsun yang bermula pada 12 Mac hingga ke pertengahan Mei depan.

Ini sekaligus, menunjukkan fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 Nov pada tahun lepas telah berakhir.

Susulan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menasihatkan orang ramai untuk lebih peka serta berwaspada terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah serta berhampiran dengan sungai dalam menghadapi fasa peralihan ini.

Fasa itu akan menyebabkan berlakunya ribut petir yang membawa hujan lebat serta angin kencang dalam masa singkat

Ketua Pengarahnya Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh, berkata fasa itu dijangka bakal bermula pada 14 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei depan, akan menyebabkan berlakunya ribut petir yang kebiasaannya membawa hujan lebat serta angin yang kencang dalam masa yang singkat.

Menurutnya, situasi ini secara tidak langsung boleh meningkatkan kejadian banjir kilat dan ia bergantung kepada keupayaan sungai, sistem saliran, kolam takungan, pintu air, rumah pam, pam mudah alih serta lain-lain infrastruktur banjir yang sedia ada.

JPS telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan semua infrastruktur

“Sebagai persiapan, JPS sentiasa melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran semua infrastruktur berkenaan secara berkala supaya berfungsi dengan baik termasuk ban dan tebing sungai yang dipantau rapi untuk memastikan tindakan serta-merta dilaksanakan apabila berlakunya kejadian ban pecah atau tebing runtuh.

“Orang ramai juga disarankan untuk tidak membuang sampah merata-rata serta perlu menjaga persekitaran agar aliran sungai tidak terhalang,” kata Md Nasir.

JPS laksana Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB)

Tambahnya lagi, JPS juga telah melaksanakan Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang bertujuan untuk meramal dan mengeluarkan amaran banjir bagi membantu pasukan penyelamat dan orang ramai agar bersiap sedia untuk menghadapi banjir yang kini telah pun beroperasi penuh di Kelantan, Terengganu serta Pahang.

Sehubungan itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan hebahan amaran banjir, status aras air sungai serta kelebatan hujan di seluruh Malaysia, orang ramai boleh melayari laman sesawang Public Infobanjir atau muat turun aplikasi di mobile apps iaitu MyPublicInfoBanjir.

Foto: Aplikasi MyPublicInfoBanjir

Kredit gambar: Firdaus Latif (MalayMail)

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago