Pemandu Ford Ranger Penyebab Konvoi Kereta Mewah Sekat Lebuh Raya Sudah Ditahan

Sejak dua hari lalu tular di media sosial satu klip video yang memperlihatkan beberapa buah kenderaan mewah berhenti di Lebuh Raya Utara Selantan (PLUS) dan menghalang laluan kenderaan lain.

Menerusi kenyataan pada video tersebut, tindakan ini diambil sebagai cubaan mereka untuk menghentikan sebuah Ford Ranger yang didakwa dalam keadaan mabuk sehingga melanggar sebuah kereta Lamborghini milik ahli konvoi tersebut.

Penularan video itu di semua platform media sosial ternyata menarik pelbagai respon dari netizen di mana ada yang menyokong tindakan kumpulan berkenaan dan ada juga segelintir yang menghentam tindakan mereka.

Perlanggaran jadi punca konvoi berhenti tengah jalan

Polis Johor kemudiannya menjelaskan insiden dipercayai bermula apabila pemandu Ford Ranger cuba memotong konvoi secara zig zag sehingga melanggar sebuah Lamborghini yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, kejadian tersebut kemudian menyebabkan kumpulan konvoi terbabit tidak berpuas hati lalu berhenti di tengah lebuh raya sehingga berlaku perselisihan faham dengan pemandu Ford Ranger.

“Pemandu (Ford Ranger) wanita berusia 28 tahun dipercayai cuba memotong konvoi secara zig-zag sehingga berlanggar dengan sebuah Lamborghini ketika memasuki lorong kiri,” kata beliau.

Mengenai dakwaan yang mengatakan pemandu wanita itu mabuk, katanya polis masih lagi menyiasat.

Ditahan ketika menyerah diri

Terbaharu, beliau mengesahkan wanita berusia 28 itu sudah ditahan pihak polis ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sekitar jam 1 pagi tadi (20 Mac).

“Pada 21/03/2022 jam lebih kurang 1.00 pagi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kulai diketuai oleh ASP Mohd Fazree bin Mohd Ariff telah mengesan seorang perempuan warga tempatan berumur 28 tahun. Suspek telah ditahan di perkarangan IPD kulai untuk siasatan lanjut.”

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow,

Direman 3 hari

Tambah Tok, wanita itu telah direman selama tiga hari iaitu dari 21 – 23 Mac bagi untuk siasatan lanjut.

“Reman telah dipohon ke atas suspek di Mahkamah Majistret Kulai dan (polis) telah mendapat kelulusan reman selama tiga hari bermula 21 Mac sehingga 23 Mac daripada Majistret Puan Sharifah Maleeha binti Syed Hussin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata beliau dalam kenyataan itu lagi.

Jika disabitkan kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM 15,000.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago