Takut Dikenakan Tindakan, Penjaja Sanggup Sorok Jeruk Dalam Longkang

Sudah menjadi kebiasaan jika berhenti di lampu isyarat merah pasti kita akan ternampak peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjaja buah jeruk dari satu kereta ke kereta yang lain.

Walaupun sudah berulang kali dinasihatkan bahawa operasi perniagaan seperti ini membahayakan nyawa, namun masih ada sahaja peniaga yang berdegil dan tetap meneruskan urusan jual beli dengan cara tersebut.

Lebih menggelikan apabila pihak polis menjumpai stok buah jeruk yang dijual oleh peniaga ini disimpan di dalam longkang dan kawasan longgokan sampah.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja kotor dan menggelikan malah ia boleh menjejaskan kesihatan yang serius kepada pembeli.

Kegiatan kotor ini terdedah apabila Polis Johor melaksanakan Ops Khas Peniaga Jalanan di sekitar Johor bermula sejak awal bulan ini.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M.Kumarasan berkata, sebanyak enam saman telah dikeluarkan kepada pemilik serta penjaja sepanjang tempoh Ops Khas Peniaga dilakukan.

“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat antara Bandar Baru Uda dan Jalan Tampoi.

“Hasil daripada maklumat yang diperolehi terdapat 52 lokasi tumpuan penjaja jalanan ini menjalankan perniagaan mereka,” katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan operasi yang dilakukan untuk menggelak dari tindakan pihak berkuasa peniaga telah menyimpan dan menyorokan barang makanan di dalam longkang serta berhampiran kawasan kumbahan.

Beliau turut menjelaskan operasi perniagaan ini dikhuatiri mempunyai sindiket yang cuba untuk mengaut keuntungan kerana peniaga juga dengan berani mengajikan warga asing bagi menjalankan aktiviti tersebut.

Beliau turut menegaskan aktiviti menjaja di jalan awam adalah satu kesalahan di mana ia melanggar peraturan dan undang-undang.

“Individu yang menjalankan urusan jual beli di jalan awam iaitu menjual dan membeli boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 10A(1) & Kaedah 10A(2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabit kesalahan,” ulasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan, ia adalah perbuatan melanggar peraturan dan tindakan seperti kompaun dan sita barang-barang yang dijaja boleh dilakukan.

Baca artikel berkaitan:

Foto: Sekadar hiasan

Recent Posts

  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

31 mins ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

54 mins ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

2 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

2 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

2 hours ago