Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Amerika Syarikat maut selepas tercampak keluar daripada ‘Orlando Free Fall’, sebuah permainan menara drop yang disediakan taman taman tema Icon di Orlando, Florida pada Khamis, 24 Mac yang lalu.
Tyre Sampson difahamkan tergelincir dari tempat duduknya sewaktu menaiki permainan berkenaan yang dilaporkan sebagai permainan menara tertinggi di dunia.
Insiden tersebut bukan sahaja mengejutkan rakyat di AS malah mendapat perhatian dari netizen di seluruh dunia selepas dimuat naik pengguna di Facebook dan Twitter.
Menerusi video tersebut, permainan itu pada mulanya dilihat naik ke atas dan berhenti untuk beberapa saat.
Namun selepas ia menjunam, kelihatan Sampson tergelincir dari kerusinya lalu tercampak ke bawah dalam kedudukan yang begitu tinggi.
Menurut laporan Daily Mail, Sheriff Orange County John Mina berkata, pihaknya masih menyiasat insiden tersebut.
Ini kerana ada sekeping foto menunjukkan Sampson sedang duduk dengan tali pinggang masih terbuka dan ia tidak ditarik ke bawah untuk mengikat tempat duduknya.
Pengunjung sebelum ini telah diberitahu bahawa tiada tali pinggang keledar tambahan semasa menaiki permainan tersebut.
Justeru satu-satunya alat perlindungan bagi melindungi mereka adalah pendakap plastik dan tali pinggang tarik ke bawah yang sepatutnya dipasang di antara kaki penumpang.
“Belum dapat dipastikan sama ada tali pinggang itu dipakai sepenuhnya ketika dia (Sampson) berada di udara, atau pengendali taman tema tidak melakukan semakan bagi memastikan mangsa telah diikat,” katanya.
Sampson kemudian dikejarkan ke hospital namun kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Dia yang berasal dari Missouri difahamkan berkunjung ke Florida bersama keluarga seorang rakannya.
Bapa Sampson, Yarnell yang ditemuramah Fox 35 memaklumkan anaknya sudah meluahkan rasa tidak selamat sebaik menaiki tunggangan berkenaan.
Apa yang lebih menyedihkan, dia yang begitu panik sempat berpesan kepada rakannya yang duduk di kerusi bersebelahan agar memberitahu ibu bapanya bahawa dia begitu menyayangi mereka.
“Jika saya tidak berjaya melakukannya… tolong beritahu ibu dan ayah yang saya sayang mereka.”
Jelas Yarnell, untuk anaknya menggeluarkan kata-kata seperti itu bermakna dia sebenarnya sudah terhidu sesuatu yang kurang enak.
Sebagai info, Orlando Free Fall baru sahaja dibuka kepada pengunjung Icon pada penghujung Disember lalu.
Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…
Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.