fbpx

“Beritahu Ibu & Ayah Saya Sayang Mereka” – Remaja Maut Tercampak Dari Permainan Setinggi 121 Meter

Apa yang lebih menyedihkan, dia yang begitu panik sempat berpesan kepada rakannya agar memberitahu ibu bapanya bahawa dia begitu menyayangi mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/shanermurph/status/1507465677854199810

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Amerika Syarikat maut selepas tercampak keluar daripada ‘Orlando Free Fall’, sebuah permainan menara drop yang disediakan taman taman tema Icon di Orlando, Florida pada Khamis, 24 Mac yang lalu.

Tyre Sampson difahamkan tergelincir dari tempat duduknya sewaktu menaiki permainan berkenaan yang dilaporkan sebagai permainan menara tertinggi di dunia.

Insiden tersebut bukan sahaja mengejutkan rakyat di AS malah mendapat perhatian dari netizen di seluruh dunia selepas dimuat naik pengguna di Facebook dan Twitter.

Menerusi video tersebut, permainan itu pada mulanya dilihat naik ke atas dan berhenti untuk beberapa saat.

Namun selepas ia menjunam, kelihatan Sampson tergelincir dari kerusinya lalu tercampak ke bawah dalam kedudukan yang begitu tinggi.

Mangsa tidak pakai tali pinggang keselamatan

Menurut laporan Daily Mail, Sheriff Orange County John Mina berkata, pihaknya masih menyiasat insiden tersebut.

Ini kerana ada sekeping foto menunjukkan Sampson sedang duduk dengan tali pinggang masih terbuka dan ia tidak ditarik ke bawah untuk mengikat tempat duduknya. 

Pengunjung sebelum ini telah diberitahu bahawa tiada tali pinggang keledar tambahan semasa menaiki permainan tersebut.

Foto menunjukkan Tyre Sampson tidak dipakaikan tali pinggang seperti remaja lelaki di sebelahnya

Justeru satu-satunya alat perlindungan bagi melindungi mereka adalah pendakap plastik dan tali pinggang tarik ke bawah yang sepatutnya dipasang di antara kaki penumpang. 

“Belum dapat dipastikan sama ada tali pinggang itu dipakai sepenuhnya ketika dia (Sampson) berada di udara, atau pengendali taman tema tidak melakukan semakan bagi memastikan mangsa telah diikat,” katanya. 

Berkunjung ke Florida bersama keluarga rakan

Sampson kemudian dikejarkan ke hospital namun kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah. 

Dia yang berasal dari Missouri difahamkan berkunjung ke Florida bersama keluarga seorang rakannya.

Sudah berasa tidak sedap hati sebelum terjatuh

Bapa Sampson, Yarnell yang ditemuramah Fox 35 memaklumkan anaknya sudah meluahkan rasa tidak selamat sebaik menaiki tunggangan berkenaan.

Apa yang lebih menyedihkan, dia yang begitu panik sempat berpesan kepada rakannya yang duduk di kerusi bersebelahan agar memberitahu ibu bapanya bahawa dia begitu menyayangi mereka.

“Jika saya tidak berjaya melakukannya… tolong beritahu ibu dan ayah yang saya sayang mereka.”

Jelas Yarnell, untuk anaknya menggeluarkan kata-kata seperti itu bermakna dia sebenarnya sudah terhidu sesuatu yang kurang enak.

Sebagai info, Orlando Free Fall baru sahaja dibuka kepada pengunjung Icon pada penghujung Disember lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.