fbpx
Now Reading
Polis Cari Individu Tunggang Motor Sambil Menari [Video]

Polis Cari Individu Tunggang Motor Sambil Menari [Video]

Kejadian ini dirakam pada 25 November 2021 yang lalu, dan orang ramai yang mempunyai informasi berkaitan diminta tampil memberi maklumat kepada pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular satu rakaman di laman media sosial Facebook memaparkan seorang penunggang motosikal yang menunggang sambil menari-nari dan melepaskan tangan ketika berada di atas jalan raya.

Ekoran rakaman tersebut, pihak polis kini sedang giat menjalankan operasi untuk mengesan individu berkenaan.

Menerusi laporan Metro, insiden tersebut berlaku di Kilometer 16 hingga 17 di Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebelum simpang susur keluar Springhill.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, pihak polis telah mengesan insiden tersebut menerusi satu video yang berdurasi 39 saat di Facebook (FB).

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson selepas membuat semakan lanjut dan mendapati video ini dirakam menggunakan aplikasi TikTok dengan pemilik akaun goodmy_official pada 25 November tahun (2021) lalu.

“Video itu kemudianya tular di FB semalam (2 April),” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaaan insiden tersebut diminta tampil untuk menyalurkan maklumat kepada BSPT IPD Port Dickson.

“Pihak polis juga menyeru individu yang dikenal pasti dalam rakaman itu untuk menyerah diri dengan kadar segera dan siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” jelas Aidi Sham.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.