Baru-baru ini, media melaporkan misteri kehilangan seorang deejay viral yang dikenali sebagai DJ Wong yang dikatakan hilang sejak tujuh hari yang lalu.
Namun, misteri kehilangannya itu kini terjawab apabila dia muncul bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook tengah malam (12 April) tadi, sebelum mengakhiri siaran itu dengan melafazkan cerai kepada isterinya.
Menerusi siaran langsung selama 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya Noor Aziz Johari, 53, telah memohon maaf kepada semua pihak serta meminta pihak berkuasa untuk menghentikan operasi mencari dirinya.
Beliau yang tampil dengan baju melayu berwarna biru itu menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan selamat serta sihat, namun enggan memberitahu lokasi keberadaannya.
DJ Wong menerusi siaran langsung itu turut memaklumkan punca dia bertindak keluar dari rumah adalah atas kerelaan hati ekoran dari masalah peribadi dengan isterinya iaitu DJ Sal.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur meskipun hanya mempunyai syiling RM2.70 dan telefon bimbit, tetapi masih bertahan dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat sepanjang dirinya dilaporkan hilang.
DJ Wong dalam masa yang sama turut memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia tidak akan muncul lagi di Facebook sebelum mengejutkan orang ramai apabila melafazkan talak tiga kepada isterinya, DJ Sal sambil menyentuh al-Quran.
Sementara itu, DJ Sal menerusi siaran langsung di page DJ Wong dan Sal Bollywood telah menyifatkan DJ Wong sebagai lelaki dayus atas tindakannya yang menghilangkan diri serta melafazkan cerai secara langsung di Facebook.
Menurutnya, dia turut terkejut apabila DJ Wong tampil membuat ‘live’ dan memaklumkan berulang kali tidak mahu mengaibkan lelaki tersebut dan meminta suaminya itu untuk menunggu di mahkamah.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…