“Sebelum Ni Enjoy Buat Video Puasa..” – Khairul Aming Kecewa Sikap ‘Batu Api’ Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali Khairul Aming yang sering tampil dengan membawakan resepi-resepi menarik menerusi videonya terutama pada bulan Ramadan ini.

Video masakannya itu telah menarik minat orang ramai sehinggakan apabila ada sahaja orang lain yang membuat video masakan, mereka dikatakan telah meniru Khairul Aming.

Khairul Aming Tegur tindakan netizen yang toxic

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, Khairul Aming kemudian tampil memberi teguran di Twitter dan menyifatkan tindakan netizen adalah seperti ‘batu api’ itu selain mempunyai unsur toksik.

Menurutnya, kata-kata negatif yang dilontarkan netizen terhadap mereka yang membuat video masakan sedikit sebanyak telah merosakkan suasana puasa pada tahun ini sehingga membuatkan dia berasa serba salah.

“Aku sampai jadi bersalah sebab orang datang serang aku sekali, padahal aku tak pernah claim, tak pernah mention sesiapa pon. Selama ini kita orang yang memasak sama-sama support each other.

Foto: IG Khairul Aming

“Sampai lah muncul benda toksik batu api macam ini dekat Twitter, Facebook pun tak batu api macam ni.

“Tolonglah berhenti, menjengkelkan sangat dah benda ni, semua orang jadi serabut. Geng masak ni buat konten ikhlas untuk tolong orang bulan puasa. Tidak ada pun cari gaduh dengan orang,” kata Khairul Aming.

Tambahnya, dia turut tidak memahami sikap segelintir netizen yang seperti mahu memecah belahkan komuniti yang secara jelasnya tidak mengganggu sesiapa pun.

Terlalu banyak isu berkaitan makanan dibangkitkan

Sejak kita menjalani ibadah berpuasa ini terlalu banyak isu makanan telah dibangkitkan antaranya adalah isu keracunan makanan, harga makanan mahal seperti kes Chef Ammar, sehingga video masakan juga telah menjadi satu isu sensitif kepada netizen.

Meskipun sesetengah perkara itu wajar untuk dibangkitkan, namun sebagai seorang manusia kita juga perlulah bersabar dan tidak membawa sesuatu perkara yang remeh sebagai satu isu yang penting.

Sebagai masyarakat adalah lebih baik untuk kita saling membantu antara kita terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Baca:

https://www.therakyatpost.com/trpbm/viral/2022/04/11/lebih-10-tak-boleh-pelanggan-rayu-chef-ammar-hadkan-jualan-buat-setiap-orang/



Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago