Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka, Polis Cari ‘Karen’ Versi Lelaki

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki warga asing tidak memakai pelitup muka serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasaraya di Jalan Ampang, semalam (17 April).

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihak polis telah menerima laporan berkaitan insiden berkenaan.

Menurutnya, polis telah mengesan video yang tular berdurasi selama 18 saat yang dimuat naik oleh dua pemilik akaun TikTok.

Lelaki tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah

“Video itu memaparkan seorang lelaki yang dipercayai bukan warga negara tidak memakai pelitup muka dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pasar raya,” katanya.

Susulan dengan insiden tersebut, beliau berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Dalam masa yang sama Ashari turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut untuk tampil menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau di mana-mana balai polis berdekatan.

Seorang wanita telah mengamuk atas isu yang sama pada Oktober (2021)

Terdahulu, sekitar Oktober tahun (2021) lalu seorang wanita warga asing telah mengamuk di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur atas isu yang sama iaitu enggan memakai pelitup muka.

Akibat insiden itu, dia telah dikecam oleh netizen serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

6 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

6 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

7 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

8 hours ago