Tidak Sesuai Dengan Ajaran Islam, Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri Dirujuk Kepada JAKIM – Menteri Agama

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila usahawan terkenal, Aliff Syukri memuat naik muzik video (MV) lagu raya terbaharunya yang berjudul Kelepok Raya.

Bukan sahaja dikecam ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim, MV berkenaan turut menarik perhatian orang ramai sehingga ia dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Video tersebut tidak sesuai dengan adab ketimuran dan ajaran Islam

Foto: Tangkap layar muzik video Kelepok Raya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, video yang menunjukkan aksi terkinja-kinja sekumpulan penari lelaki lembut tersebut tidak sesuai dengan adab ketimuran dan ajaran Islam.

Menurutnya, video tersebut kurang bersesuaian untuk dikaitkan dengan kemenangan umat Islam ketika di bulan Syawal setelah menempuh ujian serta tarbiyah di dalam bulan Ramadan.

Minta orang ramai tak kongsi video tu di media sosial

Idris dalam masa yang sama, turut meminta orang ramai agar tidak berkongsikan video tersebut di media sosial.

“Sebagai tindakan awal klip video ini telah saya rujuk kepada JAKIM untuk dibawa ke pihak berkuasa.

“Nasihat saya, dengan penuh kasih sayang dan cintanya kepada insan-insan hebat yang mampu membangunkan ummah, agar klip video seumpama ini boleh dikeluarkan daripada disiarkan di mana-mana platform media atau ianya boleh di ‘private’kan hanya untuk tatapan peribadi empunya video.

“Saya yakin ianya mampu memberi jiwa yang besar dan hati yang lebih lapang jika kita patuh pada ajaran dan nilai agama yang tidak rugi pun jika kita menturutinya, malas insya-Allah tuhan akan melapangkan lagi rezeki kepada kita atas patuhnya kita kepada Allah SWT,” jelasnya.

Beliau turut menasihati individu yang mempunyai pengaruh dan diberikan peluang serta rezeki oleh Allah untuk memanfaatkan perkara itu sebaiknya.

Menurutnya, mereka perlu menggunakan pemberian itu bagi mengajak umat Islam agar lebih takut kepada Allah serta menjauhi tingkah laku yang menjarakkan diri dengan ketaqwaan serta reda Allah lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ini.

Mahu berjumpa Aliff Syukri jika berkesempatan

Tambahnya, jika diberikan kesempatan beliau mahu berjumpa dengan usahawan tersebut.

“Jika ada peluang, mungkin saya boleh bertemu mata bersama dengan empunya video ini sebagai tanda ingatan dan ukhwah sesama Islam.

“Dan mungkin banyak perkara yang boleh dikongsi bersama dalam pertemuan ini,” katanya lagi.

Muzik video seperti mempromosi golongan LGBT

Difahamkan muzik video lagu Kelepok Raya itu membawa unsur komedi namun ia tidak dianggap kelakar oleh masyarakat serta dicemuh kerana aksi-aksi sekumpulan penari lelaki lembut di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berpendapat aksi dalam video itu seperti mahu mempromosikan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

23 mins ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

3 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

6 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

6 hours ago