Rakyat Malaysia Kantoi Guna Lesen Terbang Di Australia

Isu mengenai lesen memandu palsu atau lebih dikenali sebagai lesen terbang bukanlah satu perkara baharu di negara kita.

Keadaan dilihat semakin parah apabila ada pihak yang mula berani menawarkannya secara terbuka di media sosial seperti yang dilaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekitar Februari lalu.

Foto : JPJ

Mencalarkan imej Malaysia di luar negara

Namun siapa menyangka, penggunaaan dokumen palsu ini juga sudah mula digunakan di luar negara antaranya di Australia sekaligus mencalarkan imej Malaysia di sana.

Perkara ini mula disedari selepas pihak berkuasa di New South Wales berjaya menahan seorang rakyat Malaysia kerana memandu melebihi had laju.

Hasil semakan mereka kemudiannya mendapati dia bukan sekadar melanggar peraturan jalan, malah mengemukakan lesen terbang sewaktu dipinta oleh Polis New South Wales.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh jabatan berkenaan menerusi satu perkongsian di laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force.

Menurut laporan NSW Police Force, pesalah yang merupakan seorang wanita berusia 26 tahun dari Malaysia pada mulanya ditahan selepas didapati memandu pada kadar kelajuan 113 km/j di zon 100km/j.

Dia yang memandu sebuah Honda Accord hitam kemudiannya menyerahkan lesen memandu Malaysia (CDL) kepada anggota polis berkenaan.

Namun selepas anggota polis itu melakukan semakan di portal JPJ, dia mendapati wanita yang memandu secara berseorangan itu tidak memegang sebarang lesen memandu dalam mana-mana kelas di Malaysia.

Malah menerusi semakan itu dia turut mendapati ada terdapat maklumat tidak konsisten  mengenai nombor siri pada lesen tersebut.

Bagi mendapatkan pengesahan, polis NSW telah menghubungi Interpol Malaysia sebelum ianya disahkan sebagai lesen palsu.

Rupanya hanya ada lesen L dari Australia

Menyedari yang dia sudah terkantoi, wanita itu yang sudah 6 tahun menetap di Australia akhirnya mengakui bahawa lesen itu diperolehinya dari seseorang.

Dia kemudian telah mengemukakan lesen L miliknya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa New South Wales.

“Saya telah meminta seseorang untuk mendapatkan lesen palsu itu,” kata wanita berkenaan.

Sehubungan itu, wanita berkenaan telah diberikan tiga notis kesalahan iaitu tidak ditemani oleh pemandu berlesen/pegawai polis atau penguji memandangkan statusnya masih pemegang lesen L, tidak mempamerkan plat L pada kereta, dan juga kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Didakwa di mahkamah kerana menggunakan lesen palsu

Bagi kesalahan memiliki lesen terbang pula, dia telah pun disabitkan di Mahkamah Tempatan Griffith pada 13 April 2022 yang lalu di atas kesalahan cuba menipu pihak berkuasa yang sedang bertugas.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

32 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago