Kes Buli Rakan Sekolah Di Langkawi, 13 Pelajar Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

13 pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Pulau Langkawi yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan berama-beramai telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (29 April).

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, ianya susulan rakaman percakapan ke atas semua suspek selesai dilakukan pihaknya.

“Rakaman percakapan sudah selesai, pagi ini mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal juga mendapati, pergaduhan berpunca daripada ejek-mengejek di antara mangsa dan suspek,” katanya dipetik dari Kosmo.

Tambah Shariman, sebelum ini pihaknya telah menahan 13 suspek di mana 12 dari mereka ditahan pada pukul 12.30 tengah hari semalam (28 April) diikuti seorang lagi pada jam 3 petang.

“Seramai 13 pelajar tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi pagi semalam,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Tular Video Pukul Rakan Di Sekolah, Polis Tahan 13 Pelajar Tingkatan Empat

Terdahulu tular di media sosial satu video berdurasi 25 saat memperlihatkan aksi sekumpulan pelajar memukul, menumbuk dan menendang seorang rakan hingga tersungkur sebelum dipijak beramai-ramai.

Malah seorang dari mereka turut melemparkan meja ke arah mangsa yang sudah terbaring di lantai.

Insiden itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang mahukan mereka segera ditangkap dan dikenakan tindakan.

Namun seorang pengguna Twitter kemudiannya memaklumkan kesemua mereka sudah pun ‘diangkut’ ke balai polis menggunakan van PDRM.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

18 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

21 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

21 hours ago