Kes 2 Pemotong Rumput Maut Dirempuh: Pelajar Sekolah Tiada Lesen Mengaku Tidak Bersalah

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam (19 Mei) atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut dalam kemalangan pada 7 Mei lalu.

Tertuduh yang juga seorang pelajar sekolah menengah telah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Perodua Alza milik bapanya secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja pemotong rumput Siouca Chakma, 21, pada jam 11 pagi di Jalan Pintasan Semeling, Sungai Petani.

Mangsa yang parah pula meninggal dunia

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang lagi pekerja pemotong rumput Akter Kamal Hosen, 33, cedera parah pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.

Malangnya, Akter Kamal telah disahkan meninggal dunia dua hari selepas kemalangan tersebut akibat kecederaan yang parah.

Didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Bagi dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahazlinda Zahari.

27 Julai tarikh sebutan semula kes

Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan juga laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Ringkasan kes kejadian

Pada 7 Mei yang lalu dua pemotong rumput yang sedang berehat dibahu jalan telah dirempuh oleh sebuah kenderaan MPV di Jalan Pintasan Semeling.

Seorang daripadanya maut di tempat kejadian sementara rakannya disahkan meninggal dunia dua hari selepas itu.

Melalui siasatan yang telah dijalankan, pemandu MPV berkenaan merupakan remaja yang tidak mempunyai lesen dan telah ditahan untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, remaja terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan dan hasil ujian air kencing mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

5 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

6 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

7 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

8 hours ago