Murid 10 Tahun Gembira Sambut Raya Di Sekolah Sebelum Maut Digilis Lori

Tragedi menyayat hati! Seorang murid perempuan meninggal dunia selepas motosikal yang dinaiki bersama ibunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam, semalam (19 Mei).

Dalam insiden kira-kira jam 1.45 petang tersebut, mangsa yang dipercayai berusia 10 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian disyaki kerana kecederaan parah, lapor Kosmo.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad memaklumkan, kemalangan tersebut dipercayai terjadi apabila motosikal dinaiki hilang kawalan menyebabkan mereka terjatuh di atas jalan raya.

@utusantvofficial

Allah sedihnya… salam takziah, al-Fatihah [dibaca]. Kejadian 19 MEI 2022 | 1.45 petang. #fyp #alma #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Ibu sempat selamatkan diri, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian

“Si ibu yang menunggang motosikal sempat menyelamatkan diri manakala anaknya yang membonceng digilis oleh lori dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa ceria sambut Aidilfitri di sekolah sebelum kemalangan

Menerusi laporan Harian Metro pula, difahamkan kanak-kanak perempuan yang dijemput oleh ibunya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alma sebelum mereka terlibat dalam nahas kemalangan.

Mangsa juga sebelum itu dikatakan ceria bersama rakan dan guru dalam satu majlis sambutan Aidilfitri di sekolahnya.

Kredit gambar: Komuniti Johor

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

15 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago