fbpx
Now Reading
Rumah Agam Yang Jadi Inspirasi ‘The Conjuring’ Dijual Dengan Harga RM6.6 Juta
Rumah hantu

Rumah Agam Yang Jadi Inspirasi ‘The Conjuring’ Dijual Dengan Harga RM6.6 Juta

Penyiasat paranormal Jenn dan Cory Heinzen telah membeli rumah seluas kira-kira 3,100 kaki persegi pada 2019.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah rumah agam yang terletak di Rhode Island dan pernah menjadi inspirasi filem ‘The Conjuring’ akan dijual pada harga AS$1.5 juta (RM6.6. juta)

Menurut portal NDTV, rumah ladang yang berkeluasan 3,100 kaki persegi itu adalah satu daripada rumah berhantu yang paling terkenal di Amerika Syarikat (AS).

Penyiasat paranormal terkenal, Jenn dan Cory Heinzen merupakan pemilik terdahulu rumah itu selepas membelinya pada tahun 2019.

Difahamkan, pembeli baharu, Jacqueline Nunez, ialah pemaju hartanah dari Boston.

Perkara itu diumumkan pasangan ini menerusi satu siaran langsung di halaman Facebook (FB) milik mereka pada Khamis, (26 Mei).

The Wall Street Journal melaporkan bahawa pasangan itu menerima beberapa tawaran untuk rumah tiga bilik tidur itu.

“Kami mendapat banyak tawaran yang tidak masuk akal, tetapi ramai enggan ditemu bual,” ujar Heinzen.

Meletakkan syarat pembelian

Pasangan penyiasat paranormal itu juga menemu bual beberapa bakal pembeli sebagai syarat yang diletakkan untuk menjual hartanah berkenaan.

Pembeli baharu tidak dibenarkan tinggal di rumah berkenaan sebagai perlindungan kepada pembeli merupakan salah satu syarat yang dikemukakan oleh pasangan terbabit.

Pemilik baharu juga perlu terus menggunakan rumah tersebut sebagai satu perniagaan dan membenarkan pelawat bermalam dan menjalankan aktiviti paranormal di situ.

Andrea Perron, 63, yang pernah tinggal di rumah itu sekitar tahun 1971 hingga 1980 berkata, keluarganya pernah mengalami pengalaman yang menyeramkan.

Pernah dicampak sejuah 6 meter

Wanita itu mendakwa, dia pernah melihat ibunya terapung dan kemudian dicampak sejauh 6 meter.

Bagaimanapun, Perron memberitahu bahawa ibunya tidak mengingati lagi mengenai peristiwa yang pernah menimpa dirinya itu.

Seorang penyiasat paranormal pernah ke rumah itu ketika keluarga Perron masih tinggal di sana. Beliau berkata, keluarga itu menggambarkan seorang perempuan ditampar oleh entiti ghaib.

Kemudian, dua lagi penyiasat paranormal menawarkan diri untuk membantu dalam siasatan.

Kisah berkenaan diadaptasikan dan dipaparkan dalam filem seram, The Conjuring, pada 2013.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.