Ramai Teruja, Ikan Paus Terlihat 2 Kali Dengan Jelas Di Perairan Langkawi [Video]

Beberapa ekor ikan paus kelihatan dengan jelas oleh sekumpulan individu yang sedang menaiki bot di perairan antara Pulau Payar dan Segantang, Langkawi, Kedah pada Jumaat lalu (24 Jun).

Menerusi satu hantaran video yang tular di laman TikTok @madylangkawi, mamalia laut itu dijumpai dalam keadaan mulutnya terbuka di atas permukaan air dipercayai sedang makan.

Tidak hanya tular di laman TikTok, video berkenaan turut dikongsi pengguna internet yang lain melalui pelbagai jenis media sosial termasuk Facebook dan Twitter.

Jumpa ikan paus sekali lagi

Selang dua hari berikutnya, Mady menjumpai lagi ikan paus berkenaan, hal itu dapat dilihat menerusi satu lagi hantaran video ke laman TikTok miliknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka kerana dapat melihat mamalia laut itu berada di perairan negara ini.

Selain itu, Mady turut terlihat membalas pelbagai persoalan yang diajukan kepadanya di ruangan komen.

Setakat hari ini (27 Jun), video tular yang berdurasi 1 minit 12 saat itu telah mendapat 334,100 jumlah tontonan dan 27,000 tanda suka.

Ikan paus sering ditemui di perairan Langkawi

Sementara itu, Pegawai Perikanan Daerah Langkawi, Azahar Ahmad, ketika dihubungi mengakui ikan paus sering ditemui di perairan pulau Langkawi.

“Memang ikan ini (paus) lalu di perairan Langkawi tapi ia bermusim,” katanya kepada Metro.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago