Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Beberapa ekor ikan paus kelihatan dengan jelas oleh sekumpulan individu yang sedang menaiki bot di perairan antara Pulau Payar dan Segantang, Langkawi, Kedah pada Jumaat lalu (24 Jun).
Menerusi satu hantaran video yang tular di laman TikTok @madylangkawi, mamalia laut itu dijumpai dalam keadaan mulutnya terbuka di atas permukaan air dipercayai sedang makan.
Tidak hanya tular di laman TikTok, video berkenaan turut dikongsi pengguna internet yang lain melalui pelbagai jenis media sosial termasuk Facebook dan Twitter.
Jumpa ikan paus sekali lagi
Selang dua hari berikutnya, Mady menjumpai lagi ikan paus berkenaan, hal itu dapat dilihat menerusi satu lagi hantaran video ke laman TikTok miliknya.