Campur Minyak Masak Terpakai Dengan Bersubsidi, Sindiket Seleweng Minyak Masak Tumpas

Sebanyak 13.6 tan metrik minyak masak bersubsidi bercampur dengan minyak terpakai telah dirampas menerusi satu sebuan di sebuah kilang di Kota Masai, Johor, semalam (27 Jun).

Memetik laporan Astro Awani, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro menjelaskan premis kilang yang melakukan aktiviti mengumpul minyak masak terpakai itu telah menggunakan modus operandi tersebut.

Ia bertujuan untuk menambah kuantiti minyak terpakai untuk dijual, sebelum ia dijual semula kepada syarikat biodiesel sekitar kawasan terbabit.

Telah beroperasi lebih setahun

Menurutnya, serbuan terhadap premis yang disyaki telah beroperasi lebih setahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota penguatkuasa KPDNHEP.

“Premis yang diserbu disyaki menjalankan kegiatan ini di sebalik aktiviti pengumpulan dan penjualan minyak masak terpakai.

“Premis ini disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak masak bersubsidi ke dalam tangki, dengan cara memotong minyak masak plastik polibag (peket) dan mencampurkan ke dalam tangki minyak masak terpakai bagi mendapatkan kuantiti yang banyak untuk jualan dan keuntungan yang lebih.

Minyak masak dicampur dengan minyak masak terpakai

“Dalam serbuan itu telah menemui dan menyita sejumlah 13.6 tan metrik minyak masak yang disyaki telah dicampur bersama minyak masak terpakai yang dianggarkan bernilai RM88,785.

“Pihak kami juga telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang juga, merupakan pemilik syarikat bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Sita peralatan yang diguna untuk jalankan aktiviti seleweng minyak

Hairul Anuar berkata, sitaan turut dilakukan ke atas peralatan yang diguna pakai untuk menjalankan aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi serta rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pemilik premis tersebut.

“Bagaimana kilang ini memperoleh bekalan minyak peket, kita masih dalam siasatan. Semua akan disiasat, di setiap rantaian.

Tak akan beri muka dalam menguatkuasakan undang-undang

“Kita tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras aktiviti penyelewengan subsidi barang kawalan demi kepentingan rakyat,” ulas Hairul Anuar lagi.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. Sekiranya disabitkan kesalahan denda sehingga RM 1 juta atau penjara selama 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebiih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertubuhan atau perbadanan pula, denda tidak melebihi RM2 juta untuk kesalahan pertama serta RM5 juta untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago