”Dia Sangat Penyayang..” – Kawan Baik Kongsi Sikap Sebenar Lelaki Kelar Isteri & Anak [Video]

Pada Isnin (4 Julai) lalu, negara dikejutkan dengan insiden tragis di mana seorang suami yang mengelar isteri dan anaknya hingga maut sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Berikutan itu, pelbagai pihak terutama pengguna di media sosial mula membuat spekulasi hingga ada yang mendakwa dia mungkin di bawah pengaruh dadah dan lain-lain lagi.

Ia bagaimanapun mula reda apabila pihak polis mengesahkan hasil ujian air kencing mendapati suspek bebas dari penyalahgunaan dadah sekaligus menepis dakwaan-dakwaan tersebut.

Peka dengan isu tersebut, seorang sahabat baik lelaki ini tampil bagi menjelaskan sikap sebenar lelaki itu agar orang ramai menghentikan segala tohmahan.

Seorang yang penyabar dan peramah

Menerusi video perkongsian yang dimuat naik Dakyep di laman TikTok miliknya, dia menyifatkan sahabatnya itu sebagai seorang yang penyabar dan peramah.

@dakayepp

05:45 pagi . Aku akan berkongsikan cerita seorang Amir Nazrin 😌 #foryou #foryoupage #fyp #dakyep #celahbedah #potongcorner

♬ original sound – Dakyep – Dakyep

Katanya, berita mengenai sahabatnya itu menyebabkan dia terduduk dan sedih kerana suspek yang dikenalinya itu merupakan seorang yang baik dan sering memberi semangat buat rakan-rakannya.

“Dia orang yang sangat baik, apa yang dicakapkan oleh bapa mangsa adalah benar, dia orang yang bukan panas baran, dia sorang yang pendiam dan peramah.

“Dia selalu kongsikan benda yang baik, bagi nasihat kepada kawan-kawan dia, dia punya semangat setia kawan memang kuat,” ujarnya.

Malah dia sama sekali tidak menyangka bagaimana kejadian tersebut boleh menimpa keluarga sahabatnya itu.

Seorang yang sayangkan Isteri

Ujar Dakyeh yang turut mengenali isteri suspek, pada bulan Febuari yang lalu, suspek ada menemuinya di Melaka bersama isterinya yang ketika itu sedang sarat mengandung.

“Ketika ingin menghantar saya pulang, isterinya mengadu sakit dan dia terus berhenti dan cuba tenangkan isteri dia,” ujarnya lagi.

Dakyeh memberikan pendapatnya bahawa kemungkinan sahabatanya itu mengalami masalah tekanan hidup ‘depression’.

Berhenti beri kecaman dan doakan suspek

Dalam pada masa yang sama, dia turut merayu kepada orang ramai yang melontarkan pelbagai kecaman agar berhenti dan bantu mendoakan agar sahabatnya itu berubah.

Terdahalu, lelaki yang tular videonya di media sosial menunggang motosikal dalam keadaan berbogel selepas mengelar isteri dan anaknya itu telah ditahan polis pada Isnin lalu dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan:

Kredit gambar: TikTok Dakyep

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

7 hours ago