(TLDR) Empat Beranak Maut Dalam Perjalanan Ke Kuala Lumpur Sewaktu Hantar Anak Daftar Kerja

Empat sekeluarga dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (KM) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Ipoh pada petang Rabu (13 Julai).

Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri, Rahim Ramli, 60, dan Siti Petimah Omar, 59 serta dua anak perempuan mereka, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.

Dalam perjalanan dari Sungai Petani ke KL, untuk hantar anak

Difahamkan, sewaktu insiden berlaku sekitar pukul 3 petang tersebut, kesemua mangsa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur (KL) dari Sungai Petani dengan menaiki kenderaan jenis Proton Persona.

Enam kereta dan satu treler terlibat dalam kemalangan terbabit

Insiden tersebut turut melibatkan enam kereta serta sebuah treler.

Berikutan insiden berkenaan, anggota bomba telah berjaya mengeluarkan empat mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Foto: FB Page Viral Perak

Kali terakhir dapat dihubungi semasa keluarga itu berada berhampiran Alor Pongsu

Sementara itu, Zuraiti Ismail, 43, anak saudara kepada Siti Petimah memaklumkan, mereka dalam perjalanan untuk menghantar Nor Nadirah untuk bekerja di Kuala Lumpur.

Jelasnya, keluarga itu telah bertolak awal pada sebelah pagi dan kali terakhir mereka dapat dihubungi adalah kira-kira pukul 12 tengah hari semasa kesemua mangsa berada berhampiran Alor Pongsu.

Selalu pesan ‘hati-hati bawa kereta’

“Saya last berhubung dengan mak su itu rasa pukul 12 macam itu. Bila hubungi dia, dia cakap ada dekat Alor Pongsu. Selalunya kami kalau balik, dia akan cakap dekat sayalah, ‘hati-hati bawa kereta’.

“Tapi hari ini memang tak bagi pesanan pun, untuk dia nak balik. Kami dekat belakang (menyusul) lepas Zohor kami keluar dari Pulau Pinang. Sampai dekat Bukit Gantang, saya hubungi mereka tapi semua tak jawab dah.

“Empat-empat orang itu, telefon semua tidak berjawab. Dalam pukul 4 lebih, 5 macam itu, dapat berita daripada mak cik di Melaka kata mereka kemalangan, semua meninggal,” katanya kepada media.

Hilang kata-kata selepas mengetahui insiden meragut nyawa empat ahli keluarga itu

Foto: FB Page Viral Perak

Memetik laporan Harian Metro, anak bongsu mangsa, Muhamad Hazman Rahim, 20, hilang kata-kata selepas mengetahui insiden yang meragut nyawa ahli keluarganya itu.

“Sedih, sebab sekali pi (pergi) bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi empat terus hingga saya hilang kata-kata,” luah Muhamad Hazman.

Menurutnya, dia dihubungi oleh seorang lagi kakaknya, Nor Fatini, 22, yang memberitahu berhubung insiden yang menimpa ahli keluarganya.

“Pada ketika itu, saya tengah buat kerja yang kemudian kakak (Nor Fatini) sambil menangis memberitahu bahawa mak dan ayah serta dua lagi kakak kami sudah tidak ada (meninggal dunia).

‘Baru semalam sahaja saya salam, cium tangan mak, ayah’

“Baru semalam sahaja saya salam, cium tangan mak, ayah sebelum balik ke Perlis dan maklumkan saya akan balik berjumpa mereka lagi yang kedua-duanya dilihat senyum sahaja, tetapi hari ini mereka dah tiada sampai saya tak tahu nak cakap macam mana.

“Mak ayah serta dua kakak saya tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana semua rutin yang kami jalani seperti biasa sahaja hingga saya tidak jangka mereka pergi dalam keadaan amat mengejut,” jelasnya selepas selesai upacara pengebumian ibu bapa dan dua kakaknya, pada pagi ini (14 Julai).

Jenazah selamat dikebumikan

Kesemua jenazah telah selamat dikebumikan sekitar jam 3 pagi tadi (14 Julai).

Sudah jadi kebiasaan bapa hantar kakak sulung ke KL

“Ia memang jadi kebiasaan ayah hantar kakak ke sana (Kuala Lumpur). Sebelum ini kakak pernah kerja di sana sebelum syarikatnya ditutup dan dia pulang bercuti.

“Apabila syarikatnya dibuka semula, ayah dan mak ditemani seorang lagi kakak (Nor Hamizah) mahu menghantar semula kakak saya, Nor Nadirah tetapi siapa sangka berlaku kejadian seperti ini.

“Semasa cuti baru-baru ini, saya sempat bawa dua kakak saya pergi jalan-jalan, ziarah sanak saudara dan beraya yang ia menjadi aktiviti biasa yang kami sekeluarga lakukan,” kata anak bongsu itu lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

19 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago