Guna Teknik Luar Biasa, Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM227,400 Guna Khidmat Bas Express Di Sarawak Tumpas

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengesan penyeludupan dadah dengan menggunakan khidmat bas express di Terimal Bas Kuching Sentral, Sarawak.

Kegiatan itu dikesan oleh JKDM Sarawak menerusi tangkapan dan dua sitaan berasingan di Terminal Bas berkenaan.

Tangkapan dan sitaan pertama

Foto: FB Sarawak Viral

Pengarah Kastam Sarawak, Mohd Nadzri Ariffin berkata, tangkapan dan sitaan pertama dilakukan pada 14 Julai lalu, pada jam 1.50 petang melibatkan seorang lelaki berumur awal 30-an yang menuntut sebuah bungkusan di kaunter dari sebuah syarikat bas.

Menurut Nadzri, suspek yang juga warga tempatan disyaki sudah beberapa kali membuat tuntutan bungkusan yang di hantar dari Sibu di terminal bas itu.

“Modus operandi menggunakan perkhidmatan kargo bas antara bandar untuk mengedar dadah masuk ke bandar raya Kuching.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas bungkusan berkenaan membawa kepada penemuan empat peket lutsinar yang mengandungi serbuk kristal dipercayai dadah jenis Methamphetamine dianggarkan seberat 1.024 kilogram yang dianggarkan bernilai RM38,400.

“Dadah dibungkus menggunakan paket kuantiti kecil dan sederhana dipercayai bagi memenuhi permintaan di pasaran sekitar bandar raya Kuching dan Samarahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek sudah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sitaan kedua membabitkan dadah bernilai RM189,000.

Foto: FB Sarawak Viral

Manakala, Nadzri berkata sitaan kedua dilakukan pada 15 Julai kira-kira jam 7.30 malam apabila sepasukan anggota Cawangan Narkotik, JKDM Kuching menyita sebuah bungkusan di terminal bas tersebut.

Katanya pemeriksaan yang dilakukan ke atas bungkusan itu membawa kepada penemuan sejumlah 100 peket yang mengandungi serbuk disyaki campuran dadah jenis Ketamin yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram dengan nilai RM189,000.

Beliau berkata siasatan awal turut mendapati bungkusan itu dihantar dari bandar raya Miri ke Kuching dan didapati terdapat nama individu berserta dengan nombor telefon pengirim dan penerima.

Tambah Nadzri lagi, sehubungan itu JKDM Sarawak sedang mengesan individu pengirim di Miri dan juga penerima di Kuching yang masih berada di Sarawak untuk membantu siasatan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

23 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago