Suspek Samun Wanita, Tinggalkan Kereta Dalam Keadaan Terbakar Di Klang Kini Dicari Polis [Video]

Polis kini sedang giat mencari suspek bagi satu kes samun yang melibatkan seorang wanita yang berlaku di hadapan kedai di kawasan Jalan Sungai Jati, Klang, Selangor, semalam (8 Ogos).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan, polis telah menerima aduan daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus barangan atas talian yang melaporkan kejadian berkenaan pada pukul 11.26 pagi.

Mangsa didatangi sebuah kenderaan sebelum disamun

Dalam insiden yang berlaku pada jam 8.30 pagi itu, mangsa yang sampai di hadapan sebuah kedai telah didatangi sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru secara tiba-tiba.

“Suspek telah mengacukan sebilah pisau serta menarik beg sandang mangsa. Mangsa cuba untuk mempertahankan beg sandangnya sehingga berlaku pergelutan dengan suspek.

“Suspek kemudian berjaya menarik beg sandang dan terus melarikan diri menggunakan kenderaan sama,” jelasnya.

Suspek kes samun lebih daripada seorang

Menurut Hong Fong, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai lebih daripada seorang kerana telah turun daripada kenderaan mengikut pintu di bahagian belakang.

Mangsa turut mengalami kerugian sebanyak RM3000 disebabkan kehilangan wang tunai, rantai emas, telefon bimbit serta dokumen diri yang berada dalam beg sandang berkenaan.

Kongsi dalam Facebook sebelum laporkan pada polis

Katanya, mangsa telah berkongsi tentang kes samun tersebut dalam laman media sosial Facebook sebelum hadir ke balai untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, pihak polis turut menerima maklumat berkenaan sebuah kenderaan terbakar di kawasan Taman Sentosa pada jam 10.55 pagi.

Tinggalkan kereta yang diguna untuk samun dalam keadaan terbakar

Menerusi semakan yang dilakukan mendapati kenderaan yang terbakar itu merupakan kenderaan sama digunakan untuk menyamun mangsa.

“Semakan berdasarkan nombor casis dan nombor enjin kereta itu mendapati kereta tersebut telah dilaporkan hilang pada 14 Julai yang lalu.

“Kenderaan tersebut telah ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk pemeriksaan lanjut.

Beberapa barangan dijumpai dalam kereta untuk bantu siasatan

“Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah menjalankan pemeriksaan dalam kereta dan telah menjumpai beberapa barangan yang boleh membantu siasatan,” kata Hoong Fong lagi.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan samun berkumpulan dengan senjata.

Beliau berkata, pihaknya sedang giat berusaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, dinasihatkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan atau menghubungi siasatan atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222,” katanya.

Orang awam dinasihatkan untuk lapor pada polis dan elak berkongsi dalam media sosial kerana boleh ganggu siasatan

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang awam agar melaporkan sebarang insiden kepada pihak polis sebagai tindakan awal.

Ini kerana, perkongsian di media sosial berpotensi untuk mengganggu siasatan serta usaha untuk memberkas suspek.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago