Gangguan seksual bukan hanya sentuhan atau melakukan sesuatu perbuatan berbentuk fizikal sahaja tetapi tindakan seperti merakam seseorang juga merupakan salah satu bentuk gangguan atau serangan seksual.
Malah lebih buruk lagi jika gangguan seksual ini terjadi di tempat kerja seperti yang berlaku pada seorang wanita di Melaka yang mendakwa dirinya dirakam oleh majikan sewaktu berada dalam tandas.
Memetik laporan Harian Metro, insiden tersebut terjadi pada awal bulan lalu (Julai) sewaktu mangsa yang bekerja sebagai pembantu am di klinik itu berada di dalam tandas premis.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Mona, berumur lingkungan 30-an memaklumkan perkara tersebut disedarinya apabila dia terlihat telefon bimbit milik majikan yang juga merupakan seorang doktor di klinik berkenaan.
Dia yang terkejut dengan perkara tersebut telah bertindak menghubungi suaminya untuk memberitahu insiden berkenaan sebelum meminta penjelasan dari majikan tersebut.
“Selepas bertanyakan doktor itu, dia tidak mengaku perbuatannya sebelum suami saya memeriksa telefon bimbitnya.
“Saya begitu terkejut selepas mendapati ada rakaman saya sedang buang air besar kira-kira 15 saat di dalam telefonnya,” kata Mona sewaktu membuat aduan berhubung kes tersebut kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat.
Jelasnya, perkara itu membuatkan dirinya sangat malu apabila mengetahui diri dirakam sebegitu rupa serta mamaklumkan dia tidak tahu berapa lama rakaman tersebut dilakukan.
Menurut Mona, dia turut memberitahu doktor berkenaan bahawa dia akan melakukan laporan polis berkenaan perbuatan tidak senonoh majikan tersebut.
Majikannya itu lalu memberikan ‘tawaran’ bagi menyelesaikan hal berkenaan agar perkara tersebut tidak dibawa ke pihak berkuasa.
“Pada awalnya saya bersetuju kerana tidak mahu memanjangkan kes ini untuk menjaga aib saya, tetapi disebabkan dia memungkiri janji, saya rasa tertipu dan diperdaya dan saya dinasihatkan oleh peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mahmud turut memaklumkan bahawa kes berhubung gangguan seksual sudah banyak diterima pihaknya dan menasihatkan mangsa untuk membuat laporan polis.
Malah dalam kejadian ini, Mahmud turut menunjukkan bukti rakaman kejadian kepada media yang berada di sana.
Jelasnya, menerusi beberapa kes yang berlaku ia boleh menyebabkan kerugian kepada mangsa kerana pengadu mungkin trauma hingga tidak boleh bekerja dengan majikan yang sama lagi.
“Mangsa juga boleh membuat laporan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) demi menuntut ganti rugi memandangkan dia tidak boleh lagi bekerja di situ.
“Kes seperti ini boleh disiasat di bawah Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun kerana kesalahan gangguan seksual dan mengaibkan kehormatan,” jelas Mahmud lagi.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…