Tak Pernah Ambil Upah Tolong Ibu Berniaga Sejak Berumur 10 Tahun, Kisah Adik Ilham Raih Perhatian Ramai

Kisah tular seorang kanak-kanak 10 tahun yang gigih membantu ibunya menjual nasi lemak dan pulut panggang suatu ketika dahulu akhirnya kembali meraih perhatian masyarakat.

Hal ini terjadi apabila seorang YouTuber yang sering menjalankan misi bantuan kepada peniaga-peniaga kecil yang kebanyakannya berniaga di kaki lima mula menemui adik ini semula yang kini sudah berusia 16 tahun.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di media sosial oleh FS Channel. Mereka telah pergi ke sebuah stesen Rapid KL Light Rail Transit (LRT) Setiawangsa untuk menemui adik Ilham yang masih berniaga di sana.

Tak sampai hati tengok ibu berniaga sendirian

Ditanya mengapa memilih untuk membantu ibunya berniaga, adik Illham memberitahu bahawa dia berasa tidak sampai hati melihat ibunya berniaga sendirian pada waktu itu.

Sementara itu, BuzzKini yang ke lokasi LRT berkenaan berjaya menemuramah abang kepada adik Ilham iaitu Firdaus Muhd Fazil, berumur 20 tahun.

Menurut Firdaus yang merupakan abang sulung daripada empat adik beradik, ibunya Rita Binti Hasri, 45, bukanlah warganegara Malaysia kerana wanita itu berasal daripada Medan, Indonesia.

Selain itu, Firdaus berkata, dia terpaksa berhenti bersekolah semasa di tingkatan 5 dan tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin membantu ibu dan adik-adiknya.

“Saya cuma nak mak senang. Saya nak dia duduk rumah, rehat, biarkan saya yang handle semua,” katanya.

Adik-adik tetap ke sekolah

“Saya tidak sambung belajar selepas tamat SPM kerana ingin membantu ibu memasak dan menjaga adik-adik yang lain.

“Walaupun saya dan adik-adik sering membantu ibu berniaga, tetapi mereka (adik-adik) tetap akan ke sekolah dan hanya membantu ibu berniaga selepas tamat waktu persekolahan,” katanya lagi.

Beliau turut memberitahu bahawa ibunya kini mempunyai masalah untuk memperbaharui visa atas sebab masalah kewangan yang dihadapi mereka.

Pendapatan hasil perniagaan hanya sekitar RM1,500 dan mereka tinggal di rumah sewa satu bilik

Tambahnya, mereka sekeluarga hanya tinggal di sebuah rumah sewa 1 bilik di kawasan Keramat yang berharga RM400 setiap bulan. Hal ini kerana hasil pendapatan yang diperolehi mereka hanya sekitar RM1,500 sahaja.

BuzzKini dalam masa sama turut berkesempatan menemui seorang pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kebetulan berada di sana untuk menemui keluarga Firdaus dan Ilham.

JKM beri cadangan agar jumlah bantuan yang diterima keluarga ini dapat ditingkatkan

Difahamkan kehadiran pegawai JKM itu di sana adalah bagi mendapatkan info penuh mengenai keadaan semasa keluarga adik Ilham.

Mereka dalam masa sama, turut memberikan panduan dan cara agar keluarga ini dapat menerima lebih banyak bantuan daripada pihak berwajib.

Selain itu, mereka turut memberikan nasihat dan memaklumkan keluarga ini mungkin boleh mendapatkan bantuan tambahan dari Baitulmal.

Sebagai info, keluarga adik Ilham sebelum ini sudah menerima bantuan dari pihak Baitulmal namun tempoh tersebut akan berakhir pada bulan ini.

Malah pihak JKM juga akan mendapatkan maklumat lanjut ibu mereka agar proses menghulurkan bantuan dapat dipermudahkan.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

16 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

17 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

18 hours ago