“Berat Hati Saya Nak Pergi” – Sebak Hati Ibu, Wakilkan Arwah Anak Naik Pentas Ambil Ijazah

Seorang wanita berhadapan dengan situasi berbelah bagi sama ada mahu menghadiri majlis konvokesyen arwah anaknya atau hanya duduk di rumah apabila terkenangkan yang anaknya itu sudah tiada.

Namun, setelah dipujuk oleh anaknya yang lain, Nor Fariza Ismail yang juga ibu kepada Allahyarhmah Siti Amira Syuhada akhirnya meguatkan hati untuk menghadiri majlis tersebut.

Meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Arwah Siti Amira Syuhada merupakan graduan Universti Malaysia Pahang yang meninggal dunia pada 4 Februari lalu akibat jangkitan paru-paru.

Menurutnya, dia masih terngiang-ngiang suara arwah anaknya itu yang ingin cepat sembuh dan menghadiri majlis konvokesyennya.

“Rupa-rupanya impiannya tidak kesampaian untuk naik pentas menerima skrol ini,” katanya selepas menerima skrol anaknya yang disampaikan Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dr. Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor pada Majlis Konvokesyen UMP Ke-16 di UMP Kampus Gambang.

Kehilangan dua insan tersayang dalam jangka waktu yang dekat

Nor Fariza yang juga seorang suri rumah berkata, kehilangan Siti Amira merupakan suatu kejutan yang cukup dasyat buatnya selepas kehilangan suami tercinta pada bulan Oktober tahun lalu akibat jangkitan Covid-19.

Bagi Fariza, kehilangan dua insan tersayang dalam jangka waktu yang agak dekat amatlah menyedihkan.

Kesihatan arwah semakin merosot setelah pemergian ayahnya

“Tidak lama selepas arwah suami meninggal, Siti Amira Syuhada sering tidak sihat sehinggakan tidak dapat menelan makanan dengan baik.

“Pada awalnya, saya sangka arwah demam kerana rindu kehilangan ayahnya. Namun semakin hari, keadaannya semakin merosot sehingga terbaring dan tidak dapat urus diri tanpa bantuan,” katanya lagi.

Tambahnya, pernah suatu masa, arwah tersedar ketika sakit dan mengatakan dia perlu segera sembuh supaya dapat menghadiri majlis konvokesyen.

“Kami semua terkejut dan menyangka arwah akan sembuh, tapi ini semua ketentuan Allah SWT, saya reda.”

Nor Fariza Ismail

Pada masa yang sama, walaupun anaknya sudah tiada dan tidak berkesempatan merasa hari konvokesyennya, Fariza tetap terharu dengan kejayaan anaknya itu yang meraih Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian.

Arwah tak lagi teruja hadir majlis konvokesyen

Sementara itu, kakak arwah, Maidatul Nadia pula berkata, dia ada terbaca perbualan adiknya itu bersama kawannya di aplikasi WhatApps yang mengatakan dia tidak lagi teruja menghadiri majlis konvokesyen apabila teringat arwah ayahnya yang tidak sempat menyaksikan kejayaannya.

“Sedih juga bila mengenangkan, tetapi saya perlu lebih kuat untuk terus menjaga ibu dan adik. Kami akan simpan semua ini sebagai kenangan dan menjadi dorongan kepada adik bongsu yang masih belajar.

“Saya mewakili keluarga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan arwah sepanjang pengajiannya di UMP,” ujarnya yang hadir bersama adik-beradik lain.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

14 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago