Tumbang Di Perlawanan Muay Thai Di Kelantan, Petinju Thailand Maut Akibat Pendarahan Otak [Video]

Seorang petinju Thailand menemui ajal selepas tumbang dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang sebuah kolej di Kampung Che Deris, Badang, Kota Bharu, kelmarin (13 Ogos).

Mangsa, Mr.Kittichai Chaengkhao, 28, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.57 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat pendarahan otak.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mendapati semasa kejadian malam kelmarin (Tarikh) mangsa sedang berlawan dengan seorang petinju tempatan yang berusia 29 tahun.

Tidak sedarkan diri selepas dikatakan kalah

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kalah ditangan petinju Malaysia.

“Sebelum itu, mangsa yang berasal dari negara jiran itu dibawa ke Klinik Kesihatan Badang untuk mendapatkan rawatan awal.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HRPZ II  selepas hampir 10 jam menerima rawatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam (14 Ogos).

Mangsa memasuki Malaysia secara sah

Menurut Zaki, siasatan mendapati mangsa memasuki negara ini secara sah dan mempunyai dokumen yang lengkap untuk menyertai perlawanan Muay Thai itu.

Tambahnya, mayat petinju negara gajah putih itu sudah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada waris.

Kematian petinju Thailand itu disahkan sebagai kemalangan dalam sukan dan tiada unsur jenayah

“Polis sudah mengambil keterangan daripada pihak penganjur untuk membantu siasatan.

“Kita mengesahkan penganjur mempunyai permit untuk mengadakan perlawanan tersebut dan kes berkenaan diklasifikasikan mati mengejut,” ujarnya lagi.

@03azizi

tahniah hakim dan takziah buat pihak lawan#muaythai

♬ suara asli – love you_ – random

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago