Sebut sahaja tentang restoran makanan segera di Malaysia pasti banyak yang terlintas di fikiran antarannya McDonald, KFC, A&W dan tidak ketinggalan adalah Marrybrown.
Sering menyajikan makanan yang bertepatan dengan selera masyarakat Malaysia, Marrybrown yang merupakan restoran makanan segera tempatan ternyata melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum berjaya membuka 500 restauran di 16 negara.
Bukan itu sahaja, sewaktu syarikat Marrybrown cuba mendapatkan pinjaman wang daripada bank untuk melakukan perniagaan, permohonan mereka telah ditolak oleh bank, namun ia tidak menghalang syarikat ini dari terus berusaha untuk mengukir kejayaan.
Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter, Ricard Ker yang juga seorang pakar pemasaran digital di mana dia berkongsi tentang perjalanan Marrybrown sebelum berjaya membuka banyak cawangan di negara ini termasuklah di luar negara.
Perniagaan Marrybrown dimiliki oleh pasangan usahawan Dato Lawrence Liew dan Datin Nancy Chan pada tahun 1981.
Datin Nancy Chan merupakan seorang pelajar yang cemerlang namun terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana mengalami masalah kekurangan wang.
Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang kejujurawatan dan bekerja sebagai jururawat selama enam tahun sebelum memulakan syarikat Marrybrown bersama suami tercinta iaitu Dato Lawrence.
Sewaktu syarikat Marrybrown dibangunkan, kebanyakan orang mengatakan bahawa perniagaan ini tidak akan bertahan.
Ini kerana, rangkaian makanan segera dari Amerika Syarikat yang menjual ayam goreng sudah mula terkenal di Malaysia.
Tetapi berbekalkan wang simpanan dan pinjaman daripada keluarga dan rakan-rakan, syarikat ini telah berjaya membuka cawangan pertamanya di Jalan Wong Ah Fook di Johor Bharu.
Malah, mereka memberi fokus kepada makanannya mengikut kepada citarasa penduduk tempatan. Selain mempunyai ayam goreng dan burger, mereka juga menawarkan sate, nasi goreng, nasi lemak, bubur nasi dan bermacam-macam lagi.
Pada tahun 1986, mereka kemudian telah diperakui oleh kerajaan sebagai perusahaan Food and Beverage (F&B) tempatan yang pertama di Malaysia, di mana ia merupakan satu inisiatif yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.
Ditanya berkenaan namanya, mengapakah ia diberi nama Marrybrown? Datin Nancy memaklumkan ia terlintas secara tidak langsung difikirannya ketika memutuskan mahu memulakan perniagaan tersebut.
“Ia mudah untuk disebut, mudah untuk diingati dan mempunyai daya tarikan antarabangsa,” katanya.
Mereka kemudian melakukan beberapa inovasi iaitu menambah beberapa hidangan makanan tempatan yang terkenal di dalam menu mereka.
Bermula dari situ, syarikat ini terus berkembang hingga berjaya melakukan beberapa pencapaian besar antaranya :
– Nasi lemaknya mula diperkenalkan pada tahun 1989
– Cawang pertama di China mula dibuka pada tahun 1992
– Merupakan restoran makanan segera warga Malaysia yang pertama menembusi pasaran di luar negara pada 1992.
-Seterusnya membuka banyak lagi cawangan di negara lain seperti India (1999), Asia Barat (2000), Tanzania (2008), Maldives (2011), Sweden (2019) serta di negara asia tenggara.
Bukan itu sahaja, apa yang lebih membanggakan Marrybrown juga telah berjaya memenangi beberapa anugerah antaranya:
– Anugerah Eksport di MATRADE.
– Inovasi cawangan terbaik.
– CSR cawangan yang terbaik.
– Anugerah Penghargaan Khas.
– Anugerah Ikon Johor.
– Anugerah Peruncit Pengubah Dunia Terbanyak pada tahun 2019 serta banyak lagi.
Perniagaan itu kini diketuai oleh Joshua Liew yang merupakan anak kepada pasangan berkenaan yang juga menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Marrybrown.
Menurut Joshua, menjadi jenama Malaysia yang halal telah banyak membantu mereka untuk menyakinkan pemegang cawangan utama.
Jelasnya, perkara itu adalah benar khususnya di Timur Tengah kerana mereka lebih selesa untuk berurusan dengan rakyat Malaysia.
Ini kerana Marrybrown adalah sebuah syarikat buatan Malaysia untuk dunia, ini kerana selepas 41 tahun mereka kini merupakan restoran makanan segera yang memberikan ‘Halal Quick Service’ yang terbesar di dunia.
Lebih menarik lagi, kisah kejayaan mereka ini menjadi satu inspirasi yang hebat untuk rakyat Malaysia berjaya bukan hanya di peringkat tempatan tetapi termasuklah diperingkat global.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…