Pendakwah Selebriti Ditahan, Bantu Kes Cabul Beberapa Remaja Lelaki

Seorang selebriti lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik sumber, suspek yang berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada Khamis (8 September) dan kini direman enam hari sehingga Rabu, 14 September untuk siasatan lanjut.

“Selebriti berusia lingkungan 40-an itu ditahan untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak-kanak dan remaja bawah umur. Mangsa-mangsa ini terdiri dalam kalangan belasan tahun.”

Kata sumber kepada Sinar Harian

Berstatus pendakwah

Memetik laporan Boom, selebriti berkenaan yang juga berstatus pendakwah terkenal ditahan selepas beberapa mangsa yang dipercayai dicabul lelaki berkenaan datang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor.

“Berdasarkan laporan mangsa-mangsa, semuanya adalah kenalan suspek dan si pelaku memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Disebabkan trauma, mereka laporkan kejadian yang berlaku kepada polis,” kata sumber itu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

6 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

30 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago