https://www.buzzkini.com/trending/2022/11/02/ini-senarai-penuh-calon-perikatan-nasional-untuk-pru15/? [PRU15] Shahidan Sahkan Bertanding Di Arau Atas Tiket Perikatan Nasional | BuzzKini

[PRU15] Shahidan Sahkan Bertanding Di Arau Atas Tiket Perikatan Nasional

Teka-teka mengenai status pencalonan penyandang kerusi Parlimen Arau selama empat penggal, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini akhirnya terjawab apabila beliau sebentar tadi (3 November) mengesahkan akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Arau berkata, keputusan ini diambil kerana merasakan gabungan itu mampu menyatukan Umno, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam platform yang sama.

“Saya akan bertanding atas satu parti yang berasaskan Umno, Pas dan Bersatu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara walaupun Umno pun memperjuangkan agama, bangsa dan negara namun ia kini dipimpin oleh seorang yang mengkhianati keputusan bahagian terutama di Arau.

“Jadi kalau perkiraan ini diambil untuk menjadi pemimpin, saya kira tak layak lah kerana saya sudah menjadi pengarah pilihan raya sebanyak lima kali dan kami tidak pernah ganggu bahagian masing-masing tetapi jika dilihat calon yang bertanding kali ini sangat menyedihkan apabila tiada satu pun senarai calon yang diutarakan oleh bahagian dipilih,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Perjumpaan bersama media yang diadakan di Pusat Khidmat Datuk Seri Shahidan Kassim di Kubang Gajah turut dihadiri Pengerusi PN Perlis, Shukri Ramli yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis.

Difahamkan nama Shahidan sebagai calon PN akan diumumkan dalam majlis memperkenal calon PN Perlis di Kompleks Pas Kangar pada malam ini.

Terdahulu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengugurkan Shahidan dan menggantikan tempatnya dengan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Rozabil Abd Rahman atau cukup dikenali sebagai ‘Tok Ben’.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

49 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

5 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago