Orang Kelantan Tak Bayar Bil Air RM28.5 Juta – EXCO Kelantan

Setakat 30 September lepas, Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaporkan sebanyak RM28.5 juta bil air tidak dibayar oleh penduduk di negeri itu.

Menurut laporan Sinar Harian, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata bagaimanapun setakat ini kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan berkaitan hal tersebut.

Pengguna domestik faktor berlaku tunggakan

Jelas Beliau, pengguna di negeri itu merupakan faktor utama berlakunya tunggakan yang tinggi iaitu bernilai RM18.4 juta.

“Kutipan juga sedikit perlahan kerana semua pengguna masih dalam peringkat pemulihan pasca Covid-19,” katanya.

Difahamkan, kenyataan itu diberikan olehnya selepas menjawab soalan Datuk Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga-BN) mengenai jumlah tunggakan bil pengguna AKSB pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis lalu (24 November).

Jumlah tunggakan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya

Walaubagaimanapun beliau menjelaskan tunggakan bil pengguna (aktif) AKSB hingga 30 September 2022 ialah RM28,543,688 – jauh lebih rendah berbanding tahun sebelumnya iaitu RM33,212,268.

Tambah Azami, bagi meningkatkan hasil kutipan, AKSB melaksanakan penguatkuasaan kutipan secara berterusan di seluruh Kelantan terutamanya yang tiada masalah bekalan air bersih pada tahun ini.

Selain itu, AKSB juga akan menyediakan pelbagai medium pembayaran termasuk melalui bank dan ejen kutipan.

Kerajaan Kelantan sentiasa membantu penduduk yang memerlukan

Menjawab soalan Hilmi Abdullah (Guchil-PAS) yang bertanya sama ada kerajaan akan memberi bekalan air percuma kepada asnaf di Kelantan, Azami berkata, pihaknya sentiasa memberi bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

“Kita menyediakan 30 lori sewa khas yang bersedia mengagihkan bekalan air percuma kepada asnaf di semua kawasan sejak April 2020 hingga Julai tahun ini.

“Kesemua agihan itu berjumlah RM11.5 juta yang juga antara tanggungjawab sosial kita,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

11 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

12 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

13 hours ago