Budak Perempuan 2 Tahun Jadi Korban Pertama Banjir Terengganu

Seperti yang ramai ketahui, sejak semalam (18 Disember), keadaan banjir di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Perak semakin teruk berikutan hujan berterusan dengan lebih ramai mangsa dipindahkan ke beberapa tempat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Lebih menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan dua tahun telah menjadi korban pertama banjir di Terengganu kali ini dalam kejadian di Kampung Apal, Jertih semalam.

Budak perempuan 2 tahun ditemui terapung

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mangsa ditemukan terapung dalam parit kira-kira 20 meter dari rumah tempat kanak-kanak itu dikatakan terjatuh pada kira-kira 3.40 petang semalam (18 Disember).

“Kejadian dikatakan berlaku ketika ibu saudara mangsa yang berada di rumah sedang bersiap-siap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana paras air semakin meningkat sebelum mendapati mangsa telah keluar sendiri melalui pintu dapur.

“Mangsa dikatakan terjatuh di dalam air banjir dan dihanyutkan arus dalam kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, mayat mangsa yang dikenali sebagai Nur Hilwa Idris Mohd Haris Zaifan telah dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihati berwaspada dan berhati-hati ketika musim banjir

Pada masa sama, Rohaimi turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati sepanjang tempoh monsun timur laut (MTL) ini.

“Elakkan anak-anak kecil bermain air di musim banjir kerana membahayakan nyawa mereka.

“Ibu bapa dan penjaga perlu memainkan peranan agar lebih berhati-hati dan peka terhadap keselamatan anak-anak pada musim MTL ini,” kata beliau yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak itu.

Tambahnya, keprihatinan ibu bapa amatlah penting agar musibah seperti itu dapat dielak daripada berulang lagi.

Video keadaan banjir

Terdahulu, pengguna di media sosial turut berkongsi beberapa hantaran video di laman Twitter mengenai keadaan banjir di Terengganu.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

7 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

9 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

10 hours ago