Elak Perpecahan UMNO, Tok Mat Cadang Jawatan Presiden & Lain-Lain Menang Tanpa Bertanding

Umum mengetahui setiap parti yang ditubuhkan di negara ini kebiasaanya akan mengadakan pemilihan jawatan tertinggi yang akan mempertandingkan calon-calon pemimpin yang layak untuk mewakili ahli serta parti mereka.

Oleh itu, pelbagai jawatan akan dipertandingkan bermula dari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan banyak lagi.

Cadang jawatan dalam UMNO dibenarkan menang tanpa bertanding

Terbaharu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan agar jawatan presiden serta jawatan yang lain adalah baik jika dibenarkan menang tanpa bertanding memandangkan parti tersebut kalah ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Memetik laporan Kosmo, ujar beliau yang juga Menteri Pertahanan itu, jika jawatan tersebut dipertandingkan ia mungkin boleh menyebabkan berlakunya perpercahan di dalam UMNO yang melibatkan ahli-ahlinya.

“Kalau boleh dalam keadaan kita (UMNO) dah jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding.

“Jika bertanding, sedikit sebanyak berlaku perpecahan. Jadi kita tak tahulah. Terpulanglah pada kita dan diri sendiri,” ujarnya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

UMNO parti yang mengamalkan demokrasi

Beliau, yang juga mesra dipanggil Tok Mat, bagaimanapun memaklumkan UMNO merupakan satu parti yang mengamalkan demokrasi yang tidak seperti dahulu kerana mempunyai kuota bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

“Sekarang ni senang sahaja sebenarnya. Ada seorang penyokong dan pencadang (dah boleh bertanding). Jadi, terpulanglah, tepuk dada tanya selera,” jelasnya.

Tok Mat sedia pertahan jawatan disandang

Sementara itu, Tok Mat turut menyatakan bahawa beliau sedia mempertahankan jawatan yang disandangnya kini sebagai Timbalan Presiden.

“Saya tidak ada isu. Saya terbuka siapa nak bertanding lawan timbalan presiden dan sedia mempertahankannya,” ujarnya.

Sebelum ini, Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan UMNO hendaklah melakukan pemilihan di setiap peringkat jawatan tertinggi sebelum 19 Mei ini.

Menurutnya, ia adalah selepas parti berkenaan memohon untuk menangguhkan pemilihan berkenaan selama enam bulan selepas berlangsungnya PRU15 yang lalu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago