Kerajaan Tidak Akan Halang Himpunan Bantah Tindakan Ahli Politik Sweden Bakar Al-Quran – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan tidak akan menghalang protes yang akan dilakukan oleh pihak tertentu di negara ini untuk membantah dan mengecam tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan.

Hal ini susulan tindakan Paludan yang melakukan provokasi BODOH dengan membakar kitab suci umat Islam (al-Quran) di Stockhlom, Sweden pada baru-baru ini.

Cadangan untuk himpunan solidariti, pihak berkenaan perlu tunjukkan pandangan mereka

Mengulas lanjut cadangan yang dikemukakan Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk mengadakan himpunan solidariti pada Jumaat, Anwar berpendapat pihak yang berkenaan perlu menunjukkan pandangan mereka.

“Mereka (PAS) ada hak untuk buat demikian. Tiada isu mengenai protes (yang akan diadakan esok oleh PAS), mereka harus tunjukkan pandangan mereka.

“Jika Pas mahu lakukan begitu, mereka boleh lakukan tapi kerajaan telah buat perkara itu dan hubungi Duta Sweden dan nyatakan dengan jelas pendirian Malaysia.

“Kenyataan kita amat tegas tetapi mereka (PAS) agak terlewat untuk nyatakan pendirian,” katanya dalam sidang media, hari ini. (26 Januari)

Anwar Ibrahim sokong tindakan Presiden Turkiye

Jelasnya lagi, beliau menyokong tindakan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang dilihat memimpin kecaman terhadap tindakan provokasi bodoh tersebut.

Terdahulu, Paludan menyertai bantahan di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm pada Sabtu lalu (21 Januari) selepas Turkiye dilaporkan membantah keangotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik (Nato).

Malaysia keluarkan kenyataan rasmi, kutuk sekerasnya tindakan Paludan

Susulan insiden provokasi itu, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan demikian.

Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan Sweden harus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukannya dan memastikan langkah drastik diambil pada masa hadapan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara itu.

Ujarnya, tindakan mencemar al-Quran secara terang-terangan oleh Paludan tanpa mengambil sebarang tindakan seolah-olah bersetuju membiarkan Islamofobia.

“Ia bukan saja mengundang provokasi dan sensitiviti tidak hanya kepada Turkiye, malah lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang kali yang mensasarkan umat Islam di seluruh dunia,” katanya melalui kenyataan rasmi pada Ahad lalu (22 Januari).

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

16 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

18 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

18 hours ago