Kes Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Apartment, Dua Suspek Ditahan Reman

Baru-baru ini kami ada melaporkan mengenai satu video tular memperlihatkan aksi biadap dan tidak bertamadun seorang lelaki yang membaling botol arak dari balkoni sebuah apartment di Jalan Cendana, Kampung Baru.

Perbuatannya yang membaling botol ke jalan di Lebuhraya AKLEH dari arah Ampang menuju ke pusat bandar raya, di saat jalan sesak bukan sahaja dikecam netizen malah turut mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia PDRM kerana membahayakan nyawa orang lain.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSI) di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi sudah mengenal pasti lelaki terbabit dan sedang dalam buruan.

Baca artikel berkaitan: “Sangat Biadap!” – Lelaki Baling Botol Arak Dari Balkoni Rumah Kini Diburu Polis [Video]

Terbaharu, PDRM memaklumkan suspek dan beberapa lagi individu sudah pun berjaya ditahan di antara Sabtu (4 Februari) dan Ahad pagi, 5 Februari.

Polis tahan 5 individu pada Sabtu dan 2 lagi pada Ahad pagi

Noor Dellhan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berjaya menangkap lima orang yang terdiri daripada tiga lelaki berusia 21 hingga 24 tahun dan dua perempuan berusia 23 tahun pada 4 Februari di antara jam 3.45 petang hingga 9.15 malam bagi membantu siasatan.

Pada 5 Februari di antara jam 1.30 hingga 2.15 pagi pula, BSI Dang Wangi berjaya menangkap dua lagi individu iaitu seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang wanita berusia 31 tahun.

Jumlah keseluruhan tangkapan bagi kedua-dua hari tersebut ialah seramai tujuh orang yang mana dua darinya telah direman selama tiga hari.

“Hasil dari tangkapan, pihak polis telah merampas satu telefon bimbit dan sepasang pakaian.

“Seramai dua orang ditahan reman selama tiga hari hingga 7 Februari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.”

Salah seorang positif dadah

Hasil dari ujian saringan air kencing turut mendapati salah seorang dari mereka positif dadah jenis Ketamin dan kini disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya manakala yang lain adalah negatif.

“Polis menasihati mana-mana yang terkesan akibat perbuatan membaling botol tersebut untuk tampil membuat laporan.”

“PDRM juga menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” kata Noor Dellhan lagi.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

11 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

12 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

12 hours ago