Scam merupakan suatu jenayah terancang yang sering memperdaya orang ramai pada masa kini. Malah mereka juga sentiasa mempunyai strategi licik agar mangsa terus tertipu dengan helah yang diberikan.
Antara taktik mereka untuk memperdayakan mangsa adalah dengan menyamar menjadi seorang pegawai bank, pegawai dari bank negara, pengutip hutang dan terbaharu mereka turut menipu dengan memberikan tawaran kerja.
Perkara sama turut terjadi kepada seorang wanita di Kuantan, Pahang yang menjadi mangsa penipuan hingga mengalami kerugian sebanyak RM89,560 selepas tertipu dengan tawaran kerja dalam talian melalui aplikasi WhatsApp pada minggu lalu.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan wanita yang berusia 34 tahun itu mendakwa telah menerima tawaran kerja berkenaan pada 4 Feb lalu, di mana dia perlu mengikut serta memberikan tanda ‘like’ (suka) di akaun Instagram.
“Mangsa mendakwa ditawarkan komisyen RM5 bagi setiap akaun yang diikuti dan telah menerima keuntungan RM590 daripada suspek yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
“Jumlah itu menyebabkan mangsa semakin tertarik sehingga dia mengeluarkan wang simpanan dan meminjam daripada ahli keluarga bagi mendapatkan lebih banyak tugasan,” jelasnya.
Menurutnya, wanita terbabit telah membuat sebanyak 10 transaksi pemindahan wang ke tujuh akaun yang diberikan oleh individu berkenaan sebelum sedar telah ditipu apabila tidak menerima sebarang pautan untuk meneruskan ‘kerja’ berkenaan.
Oleh itu, mangsa kemudian bertindak untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 7 Februari.
Beliau dalam masa sama turut menasihati orang awam agar tidak mudah percaya dengan tawaran kerja yang dilihat di media sosial serta melakukan semakan terlebih dahulu tentang syarikat atau pihak yang memberikan tawaran berkenaan sebelum menjadi mangsa.
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…