Nurul Izzah Undur Diri, Bukan Lagi Penasihat Ekonomi & Kewangan Anwar

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan bahawa beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanak dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Mohd Hassan undang Nurul Izzah sertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat

Nurul Izzah berkata, Mohd Hassan telah mengundangnya untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha dalam memperkukuhkan ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam (12 Februari).

Nurul Izzah amat hargai setiap peluang demi masa depan negara

Pada masa sama, Nurul Izzah menjelaskan beliau sangat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi mencipta masa depan yang lebih baik buat Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dukungan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.

“Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.

Nurul Izzah juga berharap khidmatnya dalam membantu Mohd Hassan dan anggota jawatankuasa yang lain dapat memberi manfaat kepada negara.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita.”

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar

Anwar lantik Nurul Izzah jadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan

Terdahulu, media melaporkan Anwar Ibrahim telah bertindak melantik anak sulungnya iaitu Nurul Izzah untuk menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan yang berkuat kuasa pada 3 Januari lepas.

Jelas Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR, beliau yakin anak sulungnya itu tidak akan menyalahgunakan jawatan yang diberikan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 6 Pemimpin Muda Berkaliber Yang Patut Kita Beri Perhatian Pada PRU15 [Pendapat]

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

6 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago