Homestay Di Melaka Tawar Pakej ‘Inap Rahmah’, Hanya RM5 Semalam Untuk Golongan B40

Sebelum ini, Kerajaan Perpaduan memperkenalkan Menu Rahmah iaitu salah satu inisiatif mereka dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan bermula 31 Januari lalu.

Inisiatif tersebut dilihat mendapat pujian daripada rakyat terutamanya golongan B40 kerana mereka boleh menikmati makan tengah hari yang murah serta sihat.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Hidangan Yang Lengkap” – Pelanggan Sifatkan Menu Rahmah Berbaloi

Inap Desa tawar Pakej Inap Rahmah pada harga RM5 semalam

Terkini, sebuah inap desa yang terletak di Melaka pula memperkenalkan pakej inap rahmah dengan menawarkan harga penginapan RM5 semalam.

Menurut laporan Malaysia Gazette, pemilik inap desa di Bukit Katil ini terdorong untuk melakukan pakej tersebut kerana pernah merasakan kesusahan hidup membantu ibunya menjual sayur di pasar malam ketika kecil dahulu.

Pemilik Sarasera Homestay iaitu Nurul Himmah Muhammad Kamaruzzaman yang berusia 34 tahun berkata, idea menawarkan pakej itu juga bagi menyambut baik inisiatif kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan di negara ini.

Promosikan lagi sektor pelancongan di Melaka

Menurutnya, pakej Inap Rahmah yang diilhamkan daripada Menu Rahmah itu juga bagi mempromosikan lagi sektor pelancongan di Melaka menjelang Tahun Melawat Melaka 2024.

“Saya terfikir, kalau kita sudah ada Menu Rahmah, kenapa tidak saya turut membantu rakyat B40 yang mungkin tidak pernah merasai pengalaman indah bersama keluarga bermalam di inap desa ala mewah ini yang dilengkapi kolam renang pada harga cuma RM5 untuk satu malam.

“Tambahan pula, saya pernah merasai kepayahan hidup membantu ibu berniaga sayur di pasar malam selepas ayah meninggal dunia ketika saya berusia empat tahun,” katanya.

Pakej Inap Rahmah beri potongan sehingga 99%, tawaran dari Feb-Mac 2023 sahaja

Jelasnya lagi, pakej Inap Rahmah yang mula beroperasi pada Januari lalu akan memberi potongan harga sehingga 99% berbanding harga asal RM650 semalam pada hari biasa manakala RM750 pada hari cuti umum dan hujung minggu.

Namun difahamkan, Pakej tersebut hanya ditawarkan pada hari biasa sahaja dan akan berlangsung dari Februari hingga Mac ini, tertakluk pada kekosongan dan syarat yang telah ditetapkan.

“Antara syaratnya penginap perlu kemukakan dokumen pendapatan supaya usaha ini betul-betul sampai kepada kumpulan sasar kerana saya juga pernah merasai kehidupan serba kekurangan.”

Pelbagai kemudahan yang disediakan

Berkongsi lanjut, antara kemudahan yang disediakan di inap desa itu ialah basikal dan kolam renang untuk kanak-kanak, set BBQ dan empat bilik tidur yang dilengkapi penyaman udara termasuk ruang tamu dan dapur yang luas, kata Nurul Himmah.

Kemudahan lain adalah siaran stesen televisyen berbayar dan juga Wi-Fi.

Sebarang tempahan pakej Inap Rahmah di Homestay Sarasera yang terletak di Taman Saujana Indah, Bukit Katil, Ayer Keroh ini boleh dibuat di talian 019-6003234 (Ema) atau 012-6943234 (Yaya).

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

56 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago