“Terima Kasih Buat Putera Sulungku”- Anak Menangis Tersentuh Ibu Beri Hadiah Kerana Banyak Bantu [Video]

Anak merupakan anugerah dan amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bergelar ibu bapa.

Meskipun ia merupakan anugerah yang terindah namun mereka perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.

Kanak-kanak menangis tersentuh dengan hadiah diberikan ibu

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @ct_aisyah33 mmemaparkan aksi anak sulungnya yang menangis kerana tersentuh apabila diberikan kejutan hadiah oleh ibunya.

Menerusi video tersebut, ibunya memaklumkan bahawa dia mahu membuat kejutan terhadap anak sulungnya itu dengan memberi set stereng kereta sebagai hadiah.

Apabila kanak-kanak itu masuk sahaja ke dalam kereta selepas membeli air di sebuah kedai serbaneka dia mula bertanya beberapa soalan kepada anak itu seperti adakah si abang menyayanginya.

Kanak-kanak itu kemudian menjawab dia sayang meskipun ibu sering menegurnya. Dia kemudian berkata sekiranya membuat kesalahan memang patut untuk ditegur.

“Awak percaya maa (ibu) sayang awak? Sebab awak selalu tolong maa (ibu mula mengeluarkan air mata).

“Awak tak rasa ke nak peluk maa?,” kata ibunya sebelum mereka berpelukan.

Ibunya kemudian berkata sekiranya dia memberitahu tentang sesuatu perkara pasti puteranya itu akan memeluknya lagi.

Anak nangis teresak-esak lepas tengok hadiah

@ct_aisyah33

Insan pertama y hadir dlm rahimku…Ma syg Along Dunia Akhirat ♥️ Terima kasih syg…utk segalanya…🤍🤍🤍

♬ Buah Hati – Armada

Si anak mula berasa sesuatu dan cuba berfikir adakah dia ada melakukan sesuatu sebelum ibu berkata dia mempunyai hadiah untuk diberikan.

Dia kemudian berpusing ke bahagian belakang kereta dan menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya.

“Terima kasih along sebab tolong maa selama ni. Terima kasih along sebab selalu mengalah dengan adik-adik yang lain.

“Maa sayang along dunia akhirat. Semoga Along menjadi abang yang penyabar selalu dan menjadi anak yang soleh untuk maa dan abah.”

Melihat di ruangan komen ramai yang tersentuh dengan video tersebut hingga ada yang mahu menangis.

“Nangis masa tengah kerja ni orang ingat aku putus cinta pula”

“Korang sarapan air mata ke tu”

“Alaa nangis saya.. sian dia.. syukur dapat ibu yang penyanyang”

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

9 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

10 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

11 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

14 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

14 hours ago