Ini Cara Buat Lilin Wangi Menggunakan Minyak Masak Terpakai [Video]

Kebanyakan orang pasti akan membuang lebihan minyak goreng yang sudah lama. Manakan tidak kalau dah dua atau tiga kali guna, warna minyak tersebut akan bertukar kehitaman.

Tahukah anda, sebenarnya minyak bekas gorengan itu boleh dikitar semula menjadi lilin wangi (scented candle) seperti yang dijual di kedai serbaneka.

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @mamaq3funland, seorang wanita menunjukkan cara untuk menukar minyak masak lama menjadi lilin wangi

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  1. Minyak masak yang telah digunakan
  2. Nasi
  3. Wax
  4. Minyak Pati (tak kisah jenama apa)
  5. Tali
  6. Bekas tin minuman

Berikut adalah caranya:

#1 Goreng nasi dalam minyak

Pertama sekali, ambil nasi dan goreng di dalam minyak lama tersebut sehingga garing untuk menghilangkan bau bekas gorengan yang ada.

Jika masih ada bau, ulang semula cara tersebut. Apabila selesai, ambil nasi yang ada di dalam minyak dengan penapis.

Difahamkan, cara ini juga bagi mengelakkan lilin daripada dihurung semut atau serangga lain.

Foto: TikTok/mamaq3funland

#2 Masukkan pati minyak

Masukkan pati minyak wangian tersebut ke dalam minyak yang telah hilang bau tadi. Jumlah titisan minyak pati bergantung kepada anda sendiri mengikut kekuatan aroma yang diinginkan

Terpulang kepada anda jika ingin menggunakan jenama pati minyak apa dan jenis wangian yang diinginkan.

Namun menerusi video sama, wanita itu dilihat menggantikan kuali yang sebelum ini digunakan untuk mengoreng nasi kepada sebuah ‘pan’ baru.

#3 Masukkan wax

Selepas itu, masukkan pula wax lilin di dalam minyak bekas gorengan yang masih panas dan kacau hingga sebati.

Fungsi wax adalah untuk mengeraskan minyak tersebut agar mengikut bentuk acuan yang diinginkan nanti.

Untuk info, wax lilin ini boleh didapati di Shopee atau kedai serbaneka seperti Daiso.

Foto: TikTok/mamaq3funland

#4 Letak tali dalam bekas minuman

Semasa menunggu minyak yang telah dicampur dengan wax sedang dipanaskan, anda boleh memotong bahagian atas bekas tin minuman yang sudah disediakan dan masukan tali.

Nota: Anda juga boleh gunakan apa sahaja jenis bekas yang diinginkan.

Untuk pastikan tali berada di tengah, ikat tali tersebut dengan sebatang pensil atau pen.

Boleh rujuk gambar di bawah.

Foto: TikTok/mamaq3funland

#5 Tuang minyak dalam bekas tin minuman

Akhir sekali, tuang minyak ke dalam bekas tin minuman tersebut dan tunggu sehingga 20 minit untuk pastikan ianya mengeras dan menjadi lilin.

Diharapkan perkongsian ini berguna buat anda semua yang ingin cuba menghasilkan lilin wangi sendiri.

Lepas ni, boleh lah letak dekat ruang tamu atau dalam bilik biar sentiasa harum semerbak.

Video penuh

@mamaq3funland

Dalam 3-4 tahun lepas pernah buat lilin guna minyak goreng ikan ni. Tapi kena hurung semut. Alhamdulillah cara ni bau ikan hilang. #projekdiy #diarianakkampung #mamaq3funland #kitarsemula #kitarsemulaminyakmasak #minyakmasakterpakai

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Recent Posts

  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago