“Itu Pondok Yang Dah Tutup Sejak 2010” – Polis Nafi Dakwaan Halang Mangsa Kemalangan Buat Laporan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis (16 Februari) menafikan dakwaan seorang pengguna media sosial terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara yang tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.

Ketua Polis Daerah Brickfield ACP Amihizam Abdul Shukor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengesan satu ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @ManiamMKM pada 9.58 malam tadi (16 Februari).

Dia di dalam ciapan tersebut mendakwa terdapat satu kemalangan yang berlaku di Bukit Damansara dan mangsa yang pergi ke ‘Balai Bukit Damansara’ kemudiannya dihalang serta diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah jika ingin membuat laporan.

“Ada kemalangan berlaku di sekitar Bukit Damansara. Mangsa yang dalam kesakitan tidak dibenarkan membuat laporan di Balai Bukit Damansara, dan diarah ke Balai TTDI atau IPD.”

Dia di dalam ciapan tersebut turut meminta PDRM dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismai untuk menjelaskan perkara tersebut.

Bukan ‘Balai Bukit Damansara’ tapi Pondok Polis Komuniti yang sudah tutup

Namun hasil siasatan PDRM mendapati ‘Balai Bukit Damansara’ yang dimaksudkan ialah sebuah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang sudah tidak beroperasi bahkan sudah ditutup sejak 2010.

“Pondok berkenaan telah diambil alih Syarikat Kawalan Keselamatan Sri Lara pada 2011. Ciapan itu satu fitnah dan polis akan membuat satu laporan berkaitan kes itu.

“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Amihizam dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis. 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

33 mins ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

47 mins ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

18 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

18 hours ago