ChatGPT Kurang Sesuai Jadi Rujukan Bidang Agama Islam, Kata Dr Zulkifli

Seiring dengan perkembangan teknologi, segala maklumat yang diinginkan semakin mudah diperolehi dan hanya terletak di hujung jari sahaja.

Namun, persoalan yang sering diajukan segelintir individu adakah teknologi seperti ‘search engine’ dan ‘chatbot’ ini mampu memberi jawapan yang tepat dan sahih?

Dan bagaimana pula dalam bidang ilmu agama Islam, adakah ia boleh dijadikan panduan buat golongan Muslim?

Susulan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri menyuarakan pendapatnya selepas ditanya mengenai sebuah chatbot yang dikenali sebagai ChatGPT.

ChatGPT kurang sesuai jadi rujukan bidang agama Islam

Menerusi hantaran di laman Twitter rasminya, Dr. Zulkifli berkata, berdasarkan penelitian beliau ChatGPT kurang sesuai untuk dijadikan rujukan dalam bidang agama Islam.

“Berdasarkan penelitian, saya dapati buat masa ini, ia adalah sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang amat baik dan luar biasa namun kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam,” katanya.

Tiada kemampuan untuk menilai isu disoal dan mentarjih setiap pandangan

Menurutnya, hal ini kerana elemen utama yang tiada dalam sistem Kecerdasan Buatan (AI) itu adalah kemampuan menilai isu-isu yang disoal, mentarjih setiap pandangan, dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang ditanya.

“Dalam hal ini, ChatGPT dilihat masih “kaku” malah adakalanya memberikan jawapan yang jauh tersasar sama ada dalam bidang aqidah, fiqh, hadith, sirah, muamalat dan lain-lain.”

Jelasnya lagi, ChatGPT sesuai sebagai panduan umum oleh mereka yang mempunyai asas agama yang baik walaupun jawapan yang diberikan oleh chatbot tersebut tidak semestinya tepat.

“Namun ia bukanlah ranah yang sesuai untuk diteroka oleh masyarakat awam yang menginginkan jawapan bagi persoalan agama.”

ChatGPT dilancarkan pada tahun lalu oleh OpenAI

Untuk info, ChatGPT merupakan ‘chatbot’ yang dibangunkan oleh syarikat OpenAI dan dilancarkan pada November 2022.

Sistem AI ini mula mendapat tempat dihati pengguna terumatanya golongan pelajar kerana mudah mendapatkan maklumat dan infomasi yang diinginkan.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

6 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

6 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

7 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

8 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

9 hours ago