Pasti Buat ARMY Tak Senang Duduk! LEGO Lancar SET BTS Dynamite

Berita baik buat peminat kumpulan K-pop terkenal, BTS iaitu ARMY! LEGO baru-baru ini (16 Feb) mengumumkan akan melancarkan set lego kumpulan terkenal itu dalam masa terdekat.

Menerusi satu hantaran di Instagaram rasmi mereka, LEGO turut berkongsi video teaser koleksi mainan tersebut yang berlatarbelakangkan Muzik Video (MV) lagu hit mereka, Dynamite.

Di dalam video sama, turut kelihatan 7 karakter lego yang mewakili kesemua anggota BTS seperti RM (Namjoon), Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook.

Hasil semakan kami set permainan BTS DYNAMITE dengan 749 bongkah itu akan turut mengandungi replika ‘props’ yang terdapat di dalam MV mereka seperti kedai donat, trak aiskrim dan juga kedai menjual CD muzik.

Pasti menarik kan??

©BIGHIT MUSIC & HYBE. All Rights Reserved.

Difahamkan lego asal ini pada pada mulanya direka oleh dua peminat setia BTS dan LEGO, Josh Bretz (JBBrickFanatic) and Jacob Twerski (BangtanBricks) dari Amerika Syarikat dan turut mendapat sokongan dari puluhan ribu peminat kumpulan terkenal Korea Selatan itu.

Memetik kenyataan LEGO, pasangan sahabat ini menggabungkan “cinta mereka terhadap BTS dan semangat untuk membina LEGO” dalam menghasilkan set tersebut.

Menurut Ketua Kumpulan Produk Lego, Federico Begher, beliau optimis set permainan tersebut akan ‘meletup’ dan mendapat sambutan sebaik sahaja melihatnya.

“Peminat BTS telah pun menyokong reka bentuk itu dan oleh itu adalah penting untuk kami setia kepada ciptaan asal. Set ini menyerlahkan kreativiti, semangat dan yang paling penting, menyeronokkan! Kami tidak sabar untuk melihat peminat membina dan memaparkannya.”

Ketua Kumpulan Produk Lego, Federico Begher
©BIGHIT MUSIC & HYBE. All Rights Reserved.

Kami dapat rasakan, set permainan yang dihasilkan di bawah platform LEGO Ideas ini pasti memberi keseronokan kepada semua peminat LEGO dan BTS apabila ia mula dijual secara rasmi kelak bermula Mac depan.

Sementara menanti set Lego ini berada di pasaran apa kata kita layan MV Dynamite dulu.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

18 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago