Padah Tayang Pistol & Gari, Lelaki Ditahan Reman [Video]

Tindakan seorang lelaki menayang video dengan tangan bergari dan memegang senjata api hingga ia tular di media sosial mengundang padah apabila dia ditahan polis pada 18 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, pihaknya telah menerima laporan berhubung penularan video tersebut di laman Telegram Edisi Siasat pada 6.15 petang, Jumaat (17 Februari).

Sehubungan itu satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 89 Akta Polis 1967 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Suspek ditahan dan direman sehingga 21 Feb

“Pada 18 Februari sekitar jam 1.05 pagi, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 46 tahun.

“Hasil kejayaan tangkapan tersebut, pihak polis telah merampas sebuah telefon timbit jenis Vivo dan sseutas jam tangan berjenama,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Suspek kemudiannya telah direman selama empat hari mulai 18 Februari hingga 21 Februari bagi membantu siasatan.

Tambah beliau lagi, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan seterusnya dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 mins ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

16 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

1 hour ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago