Pandang Serius Aduan Pengguna, MCMC Buka Kertas Siasatan Terhadap Awesome TV

Semalam (20 Februari), Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil telah memaklumkan sesi perjumpaan antara pihak Awesome TV dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Perjumpaan itu diadakan selepas stesen TV tersebut didakwa telah membuat satu kandungan yang dipercayai melanggar undang-undang.

Kata Fahmi, pihak saluran terbabit dipercayai telah mengeluarkan kandungan berita yang melanggar peraturan sebanyak enam kali termasuklah menyebarkan fitnah kepada kerajaan kini.

Baca artikel berkaitan: Keluarkan Laporan Dakwa Penjawat Awam Akan Dikurangkan, Awesome TV Temui MCMC

MCMC buka kertas siasatan terhadap Awesome TV

Terbaharu, MCMC memaklumkan bahawa pihaknya akan membuka satu kertas siasatan terhadap Awesome TV di bawah Seksyen 206 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen.

“Bagi aduan berkenaan laporan yang disiarkan oleh stesen televisyen Awesome TV mengenai cadangan mengurangkan bilangan penjawat awam, pihak MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi Awesome TV pada 20 Februari untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Satu kertas siasatan akan dibuka oleh MCMC di bawah Seksyen 206 AKM1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas MCMC, sebaik sahaja kertas siasatan dilengkapkan ia akan diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi keputusan lanjut.

Sekiranya sabit kesalahan pesalah boleh dihukum seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 242 iaitu denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

MCMC memandang serius kepada setiap aduan diberikan

Menurutnya, MCMC memandang serius terhadap aduan dan komited dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap pematuhan para pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan Individu (CASP-1).

Ia bertujuan agar kandungan yang disiarkan mencerminkan budaya, identiti serta norma-norma masyarakat selaras dengan Akta Komunikasi dan Multi media 1998 (AKM 98) dan Kod Kandungan.

“Setiap aduan yang diterima akan akan diteliti berdasarkan peruntukan AKM1998, peraturan-peraturan yang berkaitan di bawahnya dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Antara tatacara atau proses aduan yang dibuat adalah seperti memanggil pihak penyiar yang diadukan untuk tampil mengemukakan penjelasan bagi menetukan bentuk tindakan penguatkuasaan yang akan diambil,” jelasnya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago