“Rumah Tetap Ada Hak Balu”- Peguam Syarie Minta Ali Puteh Faham & Permudahkan Pengurusan Faraid

Sebelum ini kami ada melaporkan tentang Siti Norhidayah yang kecewa ketika dia berkunjung ke rumah arwah suami bersama peguamnya selepas genap tiga tahun arwah meninggal dunia.

Menerusi video dikongsikan sebelum ini di Instagram Hidayah turut menyatakan bahawa kunjungannya itu tidak disambut oleh sesiapa meskipun kelihatan motosikal dan kereta di kawasan rumah itu.

Jelasnya, kunjungan itu bertujuan untuk menuntut pembayaran RM60,000 iaitu tuntutan wang saman fitnah kepada adik iparnya, Ali Puteh serta kunci rumah seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

Baca artikel berkaitan: Hidayah Abam Sedih, Datang Ke Rumah Tapi Salam Tidak Bersahut, Minta Ali Puteh Bayar RM60,000 [Video]

Peguam syarie beri nasihat pada Ali Puteh

Terbaharu, seorang peguam syarie iaitu Muhammad Syarafi telah tampil menasihati Ali Puteh untuk memahami dan memudahkan urusan balu abangnya itu.

Jelasnya, apabila arwah Abam meninggal dunia pada 3 tahun yang lalu, isteri dan anak lelakinya merupakan individu yang berhak untuk menguruskan hartanya.

Hak anak perlu diuruskan oleh pemegang amanah yang telah dilantik

Namun di dalam situasi ini anak kepada arwah iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey masih di bawah umur dan mengikut undang-undang perlu melantik pemegang amanah untuk menguruskan harta bagi pihak anak tersebut.

“Di dalam situasi ni, Ali kena tahu pada kebiasaanya bagi anak yang belum cukup umur ibu akan dilantik sebagai pemegang amanah untuk uruskan harta bagi pihaknya sehingga mencapai usia yang membolehkan mereka untuk menguruskan dengan sendiri.

“Ali juga kena tahu, walaupun urusan faraid masih belum selesai Ali kena bagi laluan kepada balu si mati dan anaknya untuk tinggal di rumah tu sehingga urusan faraid selesai.

“Sebab apa? sebab mereka berdua waris yang paling banyak mendapat bahagian dalam harta si mati,” tulisnya di dalam Facebook.

Bahagian ibu sebanyak 1/6 sahaja, minta Ali jangan sukarkan proses

Tambahnya bagi bahagian ibu Ali, dia akan mendapat 1/6 dari baki harta yang ditinggalkan. Manakala selebihnya akan diberikan kepada anak lelaki arwah.

Dia dalam masa sama turut meminta agar Ali tidak membuatkan proses tersebut menjadi sukar meskipun terdapat bahagian ibu di dalam harta tersebut.

Urusan pembahagian harta belum selesai, balu & anak ada hak pada rumah

Menurutnya lagi, meskipun urusan faraid masih belum selesai namun balu arwah dan anak masih mempunyai hak terhadap rumah mereka sehingga urusan di mahkamah selesai.

“Rumah tu tetap ada hak si bau dan anak arwah abang untuk tinggal sehingga selesai urusan di mahkamah.”

Dalam masa sama, dia turut memberikan beberapa potongan hadis serta riwayat yang memperingatkan tentang keberadaan seorang isteri ketika tempoh iddah selepas kematian suami

“Kesian balu dan anaknya sampai nak kena keluar dari rumah arwah sedangkan mereka berhak untuk tinggal di situ. Berkenaan arahan Mahkamah mengarahkan Ali untuk bayar RM60K itu kes lain dan Ali kena selesaikan segera sebab perintah dah keluar,” ucapnya.

Syarafi turut memberi nasihat agar adik pelawak Abam Bocey itu untuk merendahkan egonya dan mengharmonikan semula silaturahim yang sudah keruh disebabkan isu perebutan harta terbabit.

“Jumpa semula kakak ipar tu minta maaf kemudian mulakan semula secara muafakat untuk selesaikan pembahagian faraid si mati.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago