Tayang Vest Polis & Halang Laluan: PDRM Keluarkan 3 Saman Pada Pemandu Dan Pemilik Proton Saga

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang insiden sebuah kenderaan Proton Saga yang menghalang jalan dan menunjukkan vest polis di atas papan pemukanya.

Polis kemudiannya memaklumkan sedang mengesan pemandu terlibat untuk membantu siasatan.

Kejadian yang berlaku di Persiaran Brash berdekatan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh, Perak itu turut mendapat perhatian ramai.

Ini kerana, pemandu bukan hanya menghalang lalu lintas tetapi turut tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Baca artikel berkaitan: Polis Cari Pemilik Kereta Tayang Vest Polis, ‘Double Park’ Kenderaan Hingga Halang Lalu Lintas

Kenderaan halang lalu lintas dibawa ahli keluarga anggota polils

Terbaharu, polis memaklumkan kenderaan tersebut sewaktu insiden telah dipandu oleh ahli keluarga seorang anggota polis.

Individu yang memandu kereta berkenaan turut dilaporkan tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menyatakan, pemilik kenderaan itu merupakan seorang pegawai rendah polis yang betugas di Batu Gajah, Perak.

“Semakan lanjut mendapati vest polis yang terletak di atas dashboard kereta adalah milik pegawai rendah polis berkenaan.

“Sehubungan itu, tiga saman trafik (pol.257) telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan tersebut. Pertama pemandu di Kaedah 16(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [ [LN 166/59] atas kesalahan halangan lalu lintas.

“Kedua pemandu di bawah Seksyen 26(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen memandu yang sah dan yang ketiga adalah kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 26(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen,” jelasnya.

Kes dimaklum kepada JIPS dan IPK perak untuk siasatan lanjut

Menurut beliau, kes tersebut telak dimaklumkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis (IPK) Perak bagi siasatan dari sudut tatatertib kepada pemilik kenderaan yang juga seorang pegawai rendah polis.

Ujarnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang telah melakukan kesalahan lalu lintas.

“Pihak polis turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang prihatin kerana memberi maklumat tentang kejadian ini dengan segera selepas membaca siaran media yang dikeluarkan.”

Katanya, dengan maklumat yang diberikan ia telah membantu pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut dalam waktu yang singkat.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago