Warganegara India Kantoi Selepas 20 Tahun Pakai MyKad Orang Lain, Siap Dapat Bantuan Aidilfitri RM450!

Padah memiliki serta menggunakan kad pengenalan orang lain sejak lebih 20 tahun lepas, seorang peniaga cendol warganegara India dijatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret Sharda Sheinha Mohd Suleiman terhadap tertuduh, Jahabudin Ahamed Hajmalgan, 42, sebaik sahaja dia mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di dalam bahasa Tamil.

Mengaku guna kad pengenalan lelaki berusia 43 tahun di Bukit Berendam

Berdasarkan kertas pertuduhan dia didapati telah memiliki kad pengenalan milik seorang lelaki berumur 43 tahun di alamat Jalan Tamby Chik Karim, Bukit Berendam, Melaka.

Kesalahan memiliki Mykad orang lain tersebut dibuat oleh Jahabudin di Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka pada jam 12.15 tengah hari, 31 Mac lepas.

Jahabudin kemudian didakwa di bawah Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kantoi masa datang nak tukar kad pengenalan baharu di JPN

Mengikut fakta kes, tertuduh yang juga seorang bapa kepada dua cahaya mata telah ditahan semasa hadir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mahu menukarkan kad pengenalan baharu sebelum Jahabudin dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN disebabkan mempunyai kad pengenalan milik orang lain.

Hasil semakan rekod memaparkan nombor kad pengenalan tersebut adalah kepunyaan individu lain serta perbandingan pada kedua-dua cap jari milik tertuduh tidak sama.

Perbandingan gambar imej dari Sistem AFIS (Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik) juga tiada rekod.

Minta hukuman diringankan, tertuduh guna MyKad tukar agama

Sebelum ini, Jahabudin yang berasal dari Theriruvelim Chennai di India telah menetap di Klang Selangor serta meminta agar hukuman terhadapnya diringankan selepas menyatakan sudah insaf dari perbuatannya dan memaklumkan dia berpuasa dan mahu meraikan Aidilfitri.

Pegawai Pendakwa JPN, Ahmad Amirul Ahmad Jamal bagaimanapun meminta agar hukuman berat diberikan terhadap Jahabudin disebabkan dia mempunyai cabutan sijil kelahiran serta MyKad palsu lebih 20 tahun.

Terima bantuan Aidilfitri RM450 dari MAIM & buka 2 akaun bank

Jelasnya, maklumat MyKad terbabit telah digunakan oleh Jahabudin untuk menukar agama dianutinya dari seorang penganut Hindu kepada Islam di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada tahun 2000.

“Tertuduh juga menerima bantuan Aidilfitri sebanyak RM450 daripada MAIM dengan menggunakan maklumat kad pengenalan itu serta membuka dua akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional dan Bank Islam.

“Saya mohon tertuduh dikenakan hukuman yang berat dan setimpal atas jenayah yang dilakukan kerana ia mengancam keselamatan negara,” ujarnya di petik Harian Metro.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago