Gara-gara Kecewa Cinta Ditolak Isteri Orang, Penganggur Mengamuk & Bakar Kedai Telefon [Video]

Meluahkan perasan kepada seseorang bukan lah sesuatu yang mudah, namun apa yang lebih sukar apabila luahan kasih yang diberikan tidak dibalas cinta.

Bagaimanapun, kebanyakan orang yang mengalami situasi sebegini akan memilih untuk pelajar menerima hakikat walaupun sakit untuk diterima.

Lelaki bakar kedai telefon sebab cinta ditolak isteri orang

Namun, siapa sangka seorang lelaki yang sudah berusia 54 tahun di Perak sanggup bertindak membakar sebuah kedai menjual telefon bimbit gara-gara cintanya ditolak seorang wanita yang juga isteri orang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan pada Sabtu lalu (15 April).

Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang mengadu didatangi lelaki terbabit di kedai berkenaan yang merupakan tempat kerjanya pada hari kejadian.

Keluarkan kata-kata lucah, mengamuk hingga cederakan mangsa

Menurutnya lagi, semasa wanita itu keluar membuat laporan polis, lelaki terbabit dikatakan telah menyimbah petrol dan membakar kedai berkenaan.

“Pasukan bomba telah datang ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran berkenaan. Anggaran kerugian lebih kurang RM100,000.

“Tindakan pantas pihak polis telah berjaya menahan lelaki itu di tempat kejadian,” katanya kepada media semalam (16 April).

Berada dalam keadaan mabuk dan melecur semasa ditahan

Semasa tangkapan dilakukan, lelaki terbabit turut mengalami kecederaan melecur pada bahagian muka, tangan dan kaki, selain berada dalam keadaan mabuk, kata Ahmad Adnan.

Ujarnya lagi, siasatan awal mendapati motif kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati cintanya ditolak wanita berkenaan.

“Beberapa bulan kebelakangan suspek sering kali datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan cuba memikat wanita itu. Namun, wanita itu menolaknya dengan cara baik kerana telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Ahmad Adnan berkata suspek telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan bagi menerima rawatan susulan.

Suspek juga telah direman selama lima hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.

Tular video kejadian di media sosial

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman yang memperdengarkan suara seorang wanita yang merayu kepada seorang lelaki untuk menghentikan perbuatannya itu.

Dalam video yang sama, kelihatan lelaki terbabit seakan menuang sesuatu sebelum keadaan bertukar cemas kerana api yang marak.

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

8 mins ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

22 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

2 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago