Selain OPR, Faktor Lain Juga Boleh Mempengaruhi Kadar Inflasi – Kajian The Future

Pada 3 Mei yang lepas, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bertindak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas menjadi 3.00%.

Kenaikan ini mengundang pelbagai reaksi dari banyak pihak. Rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kenaikan kadar OPR terbabit.

Namun, BNM menegaskan bahawa keputusan tersebut merupakan langkah terbaik dalam mengawal kadar inflasi.

Baca Artikel Berkaitan: BNM Tak Kejam Naikkan OPR, Kata Gabenor Bank Negara

Baca Artikel Berkaitan: BNM Naikkan OPR Kepada 3%

OPR Tidak Pengaruhi Inflasi Secara Langsung

Hasil kajian yang dilaporkan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) dalam laporan “Does Overnight Policy Drive Inflation?” menunjukkan OPR tidak memberi kesan secara langsung kepada inflasi.

Menurut Ahli Ekonomi Firma Kaji Selidik The Future, Prof. Dr. Muzafar Shah Habibullah, kajian ini dilaksanakan menggunakan data bulanan bagi tempoh Januari 2010 hingga Mac 2023.

Hasil kajian tersebut menunjukkan, OPR bukanlah indikator utama yang mempengaruhi kadar inflasi.

Foto: Laporan Does Overnight Policy Rate Lead To Inflation?

Terdapat indikator lain yang lebih mempengaruhi dan memberi kesan langsung terhadap kadar inflasi antaranya seperti kadar tukaran asing, harga pengeluar dan kadar pengangguran.

Laksana Survei Secara Menyeluruh

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif The Future, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari, satu survei yang melibatkan semua pihak termasuk isi rumah, sektor perniagaan dan ahli profesional perlu dilaksanakan agar jangkaan berkaitan inflasi dapat diukur.

“Dengan adanya data jangkaan inflasi, ia akan membantu bank pusat dalam membuat keputusan berkenaan dasar monetari dengan lebih tepat,” katanya.

Ujarnya lagi, hasil survei itu juga dapat digunakan bagi membantu membuat keputusan berkaitan hal perbelanjaan, peminjaman dan pelaburan.

Untuk info, kenaikan OPR pada 3 Mei lepas merupakan kenaikan kali pertama bagi tahun ini dan merupakan kenaikan kelima dalam tempoh setahun.

Foto: BNM

Baca Artikel Berkaitan: Kenaikan OPR, Peminjam Dari Golongan M40 Dan B40 Terkesan

Baca Artikel Berkaitan: Kenaikan Kadar OPR Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat – Rafizi

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago